Kes Pelajar Maut Di Sabah: KPM Sedia Beri Kerjasama, Tidak Kompromi Salah Laku Buli

23 Mar 2024 • 2:04 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sedia memberi kerjasama penuh berhubung kejadian seorang pelajar lelaki maut dibelasah rakan di sebuah kolej vokasional dekat Lahad Datu, Sabah.

Menerusi satu kenyataan, KPM memaklumkan pihaknya tidak berkompromi dengan salah laku buli di semua institusi pendidikan bawah kelolaannya.

image is not available

Foto: Media sosial

“Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menzahirkan rasa dukacita dan ucapan takziah kepada keluarga Muhd Nazmie Aizat Muhd Narul Azwan, pelajar Kolej Vokasional di Sabah yang telah meninggal dunia pada Jumaat,” katanya hari ini.

KPM berkata, kematian mangsa masih dalam siasatan pihak berkuasa dan menyeru semua pihak untuk menghormati privasi keluarga mangsa.

image is not available

Foto: Media sosial

“KPM telah mengambil tindakan segera dengan memberi bantuan kebajikan kepada keluarga mangsa,” ujarnya.

Pada masa sama, KPM turut menawarkan sokongan psikososial kepada keluarga, pelajar lain, guru dan seluruh warga kolej.

Semalam, media melaporkan seramai 13 pelajar lelaki berusia 16 dan 19 tahun ditahan polis dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

image is not available

Foto: Media sosial