KPM Tidak Kompromi Buli, Sedia Beri Kerjasama Penuh Kes Pelajar Kolej Vokasional Meninggal Dunia

23 Mar 2024 • 1:43 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

KPM tidak kompromi kes buli

KPM Tidak Kompromi Buli, Sedia Beri Kerjasama Penuh Kes Pelajar Kolej Vokasional Meninggal Dunia. Dilaporkan bahawa Kementerian Pendidikan (KPM) bersedia memberi kerjasama penuh berhubung siasatan kejadian seorang pelajar kolej vokasional di Sabah yang ditemukan meninggal dunia dengan kesan kecederaan serta lebam di beberapa bahagian badan, semalam.

KPM dalam kenyataan pada hari ini memaklumkan pihaknya tidak akan berkompromi dengan salah laku buli di semua institusi pendidikan bawah kelolaannya.

image is not available
KPM Tidak Kompromi Buli, Sedia Beri Kerjasama Penuh Kes Pelajar Kolej Vokasional Meninggal Dunia

KPM telah menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa

KPM telah menzahirkan rasa dukacita dan ucapan takziah terhadap keluarga mangsa, pelajar Kolej Vokasional di Sabah yang telah meninggal dunia pada Jumaat tersebut.

Menurut kenyataan itu lagi, kematian mangsa masih lagi di dalam siasatan pihak berkuasa dan KPM bersedia untuk memberi kerjasama penuh dan tindakan segera akan diambil dengan memberi bantuan kebajikan kepada keluarga mangsa.

Selain itu, sokongan psikososial turut ditawarkan kepada keluarga, pelajar lain, guru dan seluruh warga kolej, menurut kenyataan tersebut.

image is not available
Sumber foto: Kosmo

Pelajar berusia 17 tahun ditemukan meninggal dunia

Semalam, satu Malaysia digemparkan dengan berita seorang pelajar berusia 17 tahun ditemukan meninggal dunia dalam keadaan terbaring di atas lantai dengan kesan kecederaan serta lebam di beberapa bahagian badan di bilik asrama sebuah kolej vokasional di Sabah.

Menurut Ketua Polis Daerah Lahad Datu ACP Dr Rohan Shah Ahmad, pihaknya percaya punca kejadian akibat perselisihan faham antara pelajar terbabit dengan pelajar lain yang menghuni asrama berkenaan.

Beliau berkata susulan itu, 13 pelajar lelaki berusia antara 16 hingga 19 tahun ditahan bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Ketahui berita lanjut mengenai kes ini di sini: