Kes Pempengaruh Hilang, Caprice Harap Pihak Berkuasa Ambil Tindakan Jika Ia ‘Fake’ Semata-mata

Entertainment
6 Feb 2025 • 12:20 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Selepas tular isu influencer yang hilang ketika membuat aktiviti paranormal dalam sebuah hutan yang terletak di Bandung semalam, pempengaruh yang dikenali sebagai Eyka itu akhirnya berjaya ditemui selepas 3 hari.

Difahamkan, Eyka ditemui dalam keadaan terbaring di atas semak samun dan tidak sedarkan diri, malah, terdapat beberapa kesan bengkak dan dia dilaporkan sedang mendapatkan rawatan di kawasan berhampiran kerana keletihan dan kelaparan.

Setelah berita itu menjadi hangat, penyanyi rap dan aktivis kemanusiaan, Caprice terpanggil untuk memberikan respon terhadap isu ini. Menerusi Instagram miliknya, Caprice menggesa pihak berkuasa dari negara tersebut untuk segera ambil tindakan kepada mereka seandainya kejadian ini hanya rekaan semata-mata.

Kalau ni fake, harap-harap pihak berkuasa dekat sana ambik tindakan.”

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ariz Ramli (@capricedaddycap)

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang curiga berkenaan dengan kehilangan pempengaruh itu dan ada juga mempertikaikan gelagat rakan-rakan lain apabila mengetahui rakan mereka itu hilang.

image is not available image is not available image is not available

Hurm, perkara macam ni tak boleh dibuat main-main, harap-haraplah kejadian ini memang benar-benar berlaku dan mujurlah mangsa selamat.

Sumber : Instagram

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.