Kes rasuah solar Rosmah kembali ke Mahkamah Tinggi

LocalPolitics
1 Sep 2026 • 3:17 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Kes rasuah solar Rosmah kembali ke Mahkamah Tinggi

PUTRAJAYA: Kes rasuah Datin Seri Rosmah Mansor berhubung projek solar hibrid sekolah-sekolah di Sarawak akan kembali ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk mendengar keterangan tambahan daripada seorang saksi pendakwaan.

Saksi tersebut ialah saksi pendakwaan ke-16, Rayyan Radzwill Abdullah dan keterangan tambahan akan tertumpu kepada laporan polis, akuan bersumpah (SD) dan afidavit sokongan lelaki itu.

Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan diketuai Datuk Azhahari Kamal Ramli yang bersidang bersama-sama Datuk Choo Kah Sing dan K. Muniandy sebulat suara memutuskan bahawa permohonan Rosmah untuk memasukkan bukti baharu itu adalah bermerit.

Pendengaran bukti baharu itu diarahkan untuk didengar oleh hakim Mahkamah Tinggi yang berlainan dan perlu dijalankan dalam tempoh dua minggu selepas pengurusan kes itu pada 10 September ini.-UTUSAN

The post Kes rasuah solar Rosmah kembali ke Mahkamah Tinggi appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved