Kes Rempuh Pelajar Hingga Maut, Suami Dedah Guru Masih Trauma & Tidak Lagi Memandu

13 Oct 2026 • 5:44 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

Kes Rempuh Pelajar Hingga Maut, Suami Dedah Guru Masih Trauma & Tidak Lagi Memandu

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Pada 12 April lalu, seorang pelajar perempuan maut selepas seorang guru tertekan pedal minyak kereta jenis Honda HR-V sehingga terbabas lalu merempuh remaja berkenaan.

Guru terbabit kemudiannya ditahan reman dan dilaporkan akan didakwa di mahkamah.

BACA ARTIKEL BERKAITAN: Kes Pelajar Maut Dirempuh Di Sekolah: Guru Dibawa Ke Mahkamah Untuk Tahanan Reman

Guru rempuh pelajar tingkatan satu mengaku tak bersalah atas 2 pertuduhan, suami dedah guru tak lagi memandu kerana trauma

Hari ini (13 Oktober) guru wanita itu telah dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kota Bharu, Kelantan atas dua pertuduhan cuai dengan melanggar dua pelajar Tingkatan Satu di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tanjong Mas pada April yang lalu sehingga menyebabkan kematian serta kecederaan .

Guru itu bagaimanapun membuat pengakuan tidak bersalah. Malah suaminya, Abdul mendedahkan guru itu masih dalam keadaan trauma dan tidak lagi dapat memandu kereta.

Suami hantar guru setiap hari ke tempat kerja

Menurut Abdul, dia yang akan menghantar serta mengambil guru berkenaan setiap hari di tempat kerjanya.

“Saya tidak mahu komen lanjut, isteri akan bersara pada November tahun hadapan dan kini bertugas di JPN (Jabatan Pendidikan Negeri),” ujarnya, lapor Sinar Harian.

Terdahulu, guru berkenaan yang dikenali sebagai Sakinah Ismail mohon untuk dibicarakan sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Wan Mohd I’zzat Wan Abdullah.

Guru didakwa lakukan perbuatan cuai sehingga akibatkan kematian dan melanggar pelajar perempuan hingga bahayakan nyawa di lokasi sama

Memetik laporan Astro Awani, bagi pertuduhan pertama guru wanita itu didakwa melakukan perbuatan cuai sehingga mengakibatkan kematian pelajar perempuan itu di kawasan surau SMK Tanjong Mas pada jam 1.40 petang pada 12 April yang lalu.

Guru itu didakwa di bawah Seksyen 304A Kanun Keseksaan. Jika sabit kesalahan tertuduh boleh dihukum penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya.

Manakala untuk pertuduhan kedua pula, wanita berusia 57 tahun itu didakwa cuai dengan melanggar pelajar perempuan Tingkatan Satu menggunakan kereta Honda HRV sehingga membahayakan nyawa pada waktu dan lokasi yang sama.

Guru itu didakwa di bawah Seksyen 336 Kanun Keseksan, jika sabit kesalahan tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara sehingga tiga bulan atau denda sehingga RM500 atau kedua-duanya sekali.

Guru berkenaan diwakili dua peguam iaitu, Mihammad Hasif Hasan serta Wan Fadhil Fayyadh Wan Mohd Zuhari dan pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Nadzir Abdullah.

Timbalan Pendakwa Raya awalnya tawar jaminan RM3,000 dengan seorang penjamin

Timbalan Pendakwa Raya menawarkan jaminan berjumlah RM3,000 untuk kedua-dua pertuduhhan dan juga seorang penjamin.

Peguam wakil tertuduh mohon dikurangkan, guru beri kerjasama dan tak pernah terlibat dengan kesalahan

Namun peguam yang mewakili guru berkenaan, Muhammad Hasif memohon jaminan yang paling minima diberikan kepada wanita itu.

Peguam tersebut turut memaklukan anak guamnya itu memberikan kerjasama yang baik selain tinggal di Kota Bharu, Kelantan.

Kata Muhammad Hasif, guru berkenaan yang juga ustazah tidak pernah terlibat dengan sebarang kesalahan serta memaklumkan dia sebelum ini juga pernah menerima dua kali Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC).

“Selain itu anak guam saya juga penerima anugerah guru personaliti terbaik pada tahun lalu di sekolah berkenaan dan akan bersara pada 16 November tahun hadapan.”

Mahkamah benarkan RM2,000 jaminan dengan seorang penjamin, kes sebut semula pada 6 Disember

Justeru itu, makamah lalu menawarkan jaminan berjumlah RM2,000 untuk kedua-dua kes dengan seorang penjamin.

Tarikh sebutan semula kes serta serahan dokumen ditetapkan pada 6 Disember.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved