Kes RM1.3 Juta Diambil Dari Peti Besi, Suami Arwah Pengasas Dnars Dakwa Tak Terima Surat Mahkamah

LocalPolitics
21 Sep 2025 • 3:58 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Suami kepada usahawan Allahyarham Faziani Rohban Ahmad tampil bersuara dan mendakwa tidak menerima sebarang surat daripada mahkamah menyatakan arahan perlu menyerahkan semula wang tunai RM1.3 juta milik pengasas Dnars itu.

Menurut Ahmad Shah Rizal Ibrahim, dia tidak mengetahui tentang arahan mahkamah tersebut sehinggalah mendapat tahu daripada media sosial selepas ia tular.

Justeru, saya hanya akan memulangkan wang tunai berkenaan ke dalam akaun pentadbir yang diuruskan saya dan anak tiri, Aqbar Hakim Jasman selepas mendapat surat daripada mahkamah.

image is not available

Katanya lagi, wang berkenaan masih ada di dalam pegangannya dan mendakwa ia hanyalah enam peratus daripada jumlah tuntutan harta sepencarian bernilai RM80 juta.

Wang berkenaan masih ada dalam pegangan saya, bukannya sudah habis. Malah, jumlah ini hanya enam peratus daripada jumlah harta sepencarian bernilai RM80 juta. Sepatutnya tidak timbul isu kerana nilai yang saya ambil ini tidak melebihi hak yang sepatutnya.

image is not available

Terdahulu, Hakim Mahkamah Tinggi Syariah, Zaini Sulaiman mengarahkan pihak plaintif iaitu Ahmad Shah Rizal mengemukakan penjelasan secara bertulis berhubung kegagalannya mematuhi perintah mahkamah untuk memulangkan wang berkenaan.

Mahkamah turut menetapkan 26 Oktober sebagai tarikh keputusan berhubung permohonan pembatalan saman harta sepencarian.

image is not available 2025-08-14 14:53:32

“Jangan Ambil Harta Bukan Hak” – Suami Arwah Pengasas Dnars Diperintah Pulangkan RM1.3 Juta Diambil Dari Peti Besi