Kes saman Anwar terhadap Awang Solahuddin selesai cara baik

LocalPolitics
23 Sep 2026 • 11:18 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Kes saman Anwar terhadap Awang Solahuddin selesai cara baik
Kes saman fitnah difailkan Anwar terhadap Ahli Parlimen Pendang, Datuk Awang Solahuddin Hashim diselesaikan secara baik di Mahkamah Tinggi hari ini.

KUALA LUMPUR - Kes saman fitnah difailkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap Ahli Parlimen Pendang, Datuk Awang Solahuddin Hashim diselesaikan secara baik di Mahkamah Tinggi di sini hari ini.

Peguam Datuk SN Nair yang mewakili Anwar selaku plaintif, memaklumkan kepada Hakim Roslan Mat Nor bahawa kes itu telah diselesaikan dengan persetujuan pihak-pihak terhadap terma yang dipersetujui.

"Kedua-dua pihak ingin merekodkan terma-terma yang dipersetujui. Sehubungan dengan itu, plaintif menarik balik tindakan guaman ini tanpa perintah mengenai kos dan tanpa kebebasan untuk memfailkan semula.

"Kedua-dua pihak melampirkan satu salinan kenyataan awam yang telah dipersetujui bersama dengan usul persetujuan ini.

"Kami mengucapkan terima kasih kepada mahkamah dan rakan-rakan bijaksana. Saya mohon mahkamah melapangkan tarikh perbicaraan yang telah ditetapkan,” kata peguam itu.

Sementara itu, peguam Yusfarizal Yussoff yang mewakili Awang Solahuddin mengesahkan perkara tersebut.

 

 

 

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved