Kes Selebriti & Remaja 17 Tahun: Polis Maklumkan Kali Pertama Suspek Bawa Mangsa Ke Hotel

LocalEntertainment
6 Jun 2025 • 2:20 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Penyanyi dan pelakon terkenal yang ditahan Rabu lalu baru pertama kali melakukan amang seksual terhadap seorang remaja perempuan yang berusia 17 tahun.

Memetik laporan Kosmo! Online, Ketua Polis Selangor iaitu Datuk Hussein Omar berkata, siasatan mendapati ia merupakan kali pertama suspek membawa mangsa ke hotel berkenaan.

Jelasnya, suspek dan mangsa yang merupakan seorang pelajar itu berkenalan sejak dua bulan lalu.

Mereka pernah berhubung sebelum ini dan itu adalah kehadiran pertama mereka berjumpa (di hotel).

 

Ini juga adalah kali pertama suspek melakukan kes amang seksual. Tempoh perkenalan singkat dalam tempoh satu atau dua bulan.

Katanya, suspek telah ditangkap dan dirakam keterangan serta dibebaskan dengan jaminan polis.

Sebelum ini, media melaporkan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar mengesahkan kertas siasatan kes selebriti tersebut telah diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya (TPR).

image is not available 6 hours ago

Siasatan Ke Atas Penyanyi Terkenal Berkaitan Kes Amang Seksual Remaja 17 Tahun Sudah Lengkap - Polis