Kes Seludup Dadah Juruterbang: Polis Kenal Pasti Petugas KLIA Disyaki Terlibat

LocalPolitics
4 Aug 2026 • 1:12 PM MYT
UmmahToday
UmmahToday

From Ummah To Ummah News Portal

Image from: Kes Seludup Dadah Juruterbang: Polis Kenal Pasti Petugas KLIA Disyaki Terlibat

Pihak polis telah mengenal pasti seorang individu yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kes seorang juruterbang warga Malaysia yang disyaki cuba menyeludup dadah ke Indonesia.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Hussein Omar Khan memaklumkan bahawa individu berkenaan merupakan antara petugas yang membuat saringan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Beliau akan dipanggil dalam masa terdekat untuk dirakam keterangan, dan tangkapan akan dibuat sekiranya ada keperluan.

“Semakan mendapati suspek telah hadir ke KLIA pada pagi dan mendaftar masuk bagasi mengandungi dadah berkenaan serta meninggalkannya di KLIA sebelum terbang ke Kota Kinabalu, berpatah balik ke Kuala Lumpur, dan bertolak ke Jakarta membawa bagasi terbabit,” kata Hussein dalam sidang media JSJN Selangor hari ini.

Kronologi & Hasil Siasatan Awal

  • Punca Bekalan: Siasatan awal mendapati suspek memperoleh bekalan dadah berkenaan di sebuah pangsapuri di Ampang.

  • Fokus Siasatan: Pihak berkuasa sedang meneliti pelbagai aspek termasuk kelonggaran atau kelemahan sistem keselamatan di pintu masuk lapangan terbang.

  • Kerjasama Antarabangsa: JSJN kini menunggu makluman daripada Polis Republik Indonesia (POLRI) untuk menghantar pegawainya ke sana bagi sesi soal siasat suspek.

  • Sebelum ini, juruterbang berusia 39 tahun itu telah ditahan di Terminal 3 Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta, Jakarta selepas pihak POLRI menjumpai 15 bungkusan mengandungi 70,114 kapsul ekstasi serta methamphetamine bernilai anggaran RM45 juta.

    Newswav Malaysia Best News App

    Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

    Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved