Kes serangan anak Rafizi: Polis temukan beberapa petunjuk positif

LocalPolitics
16 Aug 2025 • 4:07 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Shazeli. Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Polis menemukan beberapa petunjuk positf bagi mengesan suspek terlibat dengan kes serangan terhadap anak lelaki Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Rafizi Ramli di sebuah pusat beli-belah di Putrajaya, Rabu lepas.

Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar berkata, petunjuk berkenaan diperoleh hasil penelitian dan semakan terhadap rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di sekitar kawasan terbabit.

"Terdapat petunjuk pada rakaman CCTV namun tidak sepenuhnya pada waktu ini,” katanya ketika dihubungi Bernama pada Sabtu.

Beliau berkata, setakat ini 14 individu telah dipanggil bagi membantu siasatan kes itu.

Pada masa sama, Shazeli berkata, pihaknya turut menjalankan siasatan berhubung mesej ugutan yang diterima isteri Rafizi berkait insiden terbabit dan mengesahkan kali pertama isteri bekas Menteri Ekonomi itu menerima mesej terbabit melalui aplikasi WhatsApp.

Laporan berhubung ugutan itu juga sudah dibuat oleh isteri Rafizi dan siasatan sedang dijalankan dengan bantuan agensi berkaitan termasuk Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi mengesan pihak bertanggungjawab.

Rabu lepas, media melaporkan polis mengesahkan anak bekas Timbalan Presiden PKR itu diserang dalam kejadian kira-kira 2 petang, di kawasan mengambil dan menurun penumpang, sebuah pusat beli-belah di Putrajaya.

Rafizi mendakwa serangan itu melibatkan dua lelaki berpakaian hitam serta bertopi keledar yang menaiki sebuah motosikal dengan seorang daripadanya telah telah bertindak mengheret anaknya sebelum mencucuk sesuatu dengan menggunakan jarum suntikan. - Bernama

 

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved