Kes Shuhaily: 2 Anggota Polis Kemuka Laporan Tambahan, Nafi Dakwaan Kos Guaman Dibiayai Sindiket – Peguam

LocalPolitics
12 Oct 2026 • 12:16 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

Kes Shuhaily: 2 Anggota Polis Kemuka Laporan Tambahan, Nafi Dakwaan Kos Guaman Dibiayai Sindiket – Peguam

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Kes melibatkan Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain yang didakwa mengasari dua anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) cawangan khas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) masih hangat lagi perkatakan sehingga kini.

Baca Artikel Berkaitan: Tular Video Marah Individu Di KLIA, KP AKPS Akan Keluar Kenyataan Media Dalam Masa Terdekat

Anggota Polis Buat Laporan Tambahan, Kemuka Keterangan Baharu Yang Dianggap Penting

Terbaharu, dua anggota polis yang didakwa dikasari Mohd Shuhaily telah membuat laporan polis tambahan pada Sabtu (10 Oktober) lalu dan mengemukakan keterangan baharu bagi membantu siasatan kes terbabit.

Perkara itu didedahkan oleh peguam yang mewakili anggota berkenaan iaitu, Kamal Hisham Jaafar dan Muhammad Nor Tamrin.

Jelas mereka, laporan tambahan tersebut dikemukakan kepada polis kerana maklumat yang akan disalurkan itu dianggap penting bagi kes berkenaan.

“Kami berpandangan bahawa terdapat fakta-fakta material dalam kes ini yang menjurus kepada kemungkinan telah berlakunya kesalahan-kesalahan (termasuk tetapi tidak terhad kepada) di bawah Seksyen 186, 323, 353, 355 dan/atau 506 Kanun Keseksaan.

“Kami menyerahkan sepenuhnya siasatan kes ini kepada polis dan Jabatan Peguam Negara untuk menilai serta membuat keputusan dalam kes ini demi kepentingan keadilan semua pihak,” katanya.

Peguam Nafi Dakwaan Kos Guaman Anak Guam Ditanggung Sindiket

Pada masa sama, peguam yang mewakili dua anggota polis terbabit turut mengesan kenyataan tidak benar yang didakwa oleh orang ramai terhadap anak guam serta firma guaman terbabit.

“Antara dakwaan yang disifatkan tidak benar itu ialah kononnya kos guaman kedua-dua anggota polis berkenaan dibiayai sindiket jenayah yang didakwa berada di belakang mereka,” katanya.

Jelas peguam terbabit, pihaknya menghormati kebebasan bersuara seperti yang termaktub di bawah Perkara 10(1)(a) Perlembagaan Persekutuan namun jelas mereka, hak itu bukanlah satu kebebasan mutlak.

“Sebarang kenyataan tidak benar itu boleh disiasat pihak berkuasa di bawah Seksyen 505 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya.

Malah, pihak peguam anggota PDRM terbabit turut memberi amaran akan mengambil tindakan undang-undang yang sewajarnya kepada mana-mana individu yang mengeluarkan kenyataan yang tidak benar menerusi saman sivil.

AGC Pulangkan Semula Kertas Siasatan Kes Mohd Shuhaily Kepada PDRM

Sebelum ini, Jabatan Peguam Negara (AGC) telah memulangkan kembali kertas siasatan berhubung kejadian berkenaan kepada PDRM bagi tindakan lanjut.

Jelas Peguam Negara, Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar, setelah penelitian terhadap kertas siasatan terbabit mendapati beberapa aspek memerlukan siasatan lanjut bagi melengkapkan kertas siasatan.

“Kita (Jabatan Peguam Negara) minta PDRM untuk ambil keterangan Mohd Shuhaily. Selain itu, antara perkara lain yang perlu diteliti semula ialah ketulenan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) serta beberapa perkara relevan lain,” katanya.

Pada masa sama, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz menjelaskan pihaknya akan meneliti keputusan AGC sebelum mengambil tindakan terhadap Mohd Shuhaily.

Baca Artikel Berkaitan: Anggota Cawangan Khas PDRM Nafi Jadi ‘Ulat’, Dakwa Dikasari Ketika Jalankan Tugas Rasmi Di KLIA – Peguam

Baca Artikel Berkaitan: “Sekiranya Harga Itu Adalah Diri Saya, Maka Saya Bayar”- Isu Video Tular Di Klia, Ini Penjelasan Mohd Shuhaily

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved