Kes Tangkap Khalwat, Aliff Aziz Mohon Maaf & Akan Beri Kenyataan – “Bukan Nak Tegakkan Benang Basah, Sekadar…”

Politics
10 Mar 2024 • 9:17 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Selepas dilaporkan ditangkap khalwat awal pagi semalam di sebuah kondominium mewah di Kuala Lumpur, Aliff Aziz telah memuat naik hantaran di Instagram story.

image is not available 2 days ago

Nama Tengah 'Panas' Menjadi Bualan, Ruhainies Sempat Pula Kongsi IG 'Story' Aliff Aziz Tengah Menyanyi

 

Banyak spekulasi timbul

Menerusi hantaran itu, Aliff berkata banyak spekulasi dan laporan yang berlebihan-lebihan telah dibuat namun katanya dia faham tanggapan orang ramai kerana kes berkenaan menimbulkan syak wasangka dan menimbulkan fitnah.

image is not available

 

Akan beri kenyataan

Tambah Aliff, keadaan yang berlaku sepatutnya boleh dielak bagaimanapun dia bakal memberikan kenyataan selepas ini tentang apa yang sebenarnya berlaku untuk mengelakkan lebih salah faham.

Bukan ingin menegakkan benang yang basah, sekadar berkongsi kepada yang ingin mendengar.

Dalam pada itu, Aliff turut memohon maaf atas apa yang telah berlaku dan berharap kenyataannya nanti akan dapat menjelaskan tanggapan orang ramai.

image is not available