
BIARPUN cinta sudah terlerai, kepedulian aktres seksi, Disha Patani terhadap bekas kekasihnya, Tiger Shroff nampaknya masih kuat. Dia dilihat begitu prihatin dan mengambil berat terhadap Tiger yang berdepan detik cemas akibat serangan tembakan baru-baru ini.
Disha hadir ke kediaman aktor itu sejurus selepas insiden tembakan berlaku. Menerusi video dan foto yang dirakam paparazi, Disha kelihatan sugul dan matanya kelihatan bengkak dipercayai kerana menangis.
Disha dan Tiger dilaporkan pernah menjalin percintaan selama enam tahun bermula dari 2016 sehingga 2022.
Biarpun sudah berpisah, namun mereka masih bersahabat baik.
Bagaimanapun, kehadiran Disha ke kediaman aktor itu baru-baru ini menimbulkan persoalan, sama ada mereka berdua kembali bercinta, sementelah Disha kelihatan sangat risaukan Tiger.
Ahad lalu, anak aktor legenda, Jackie Shroff itu berdepan detik cemas apabila kenderaan dinaikinya menjadi sasaran tembakan sekumpulan lelaki bermotosikal di kawasan Juhu, Mumbai.
Menurut laporan media, kejadian berlaku ketika Tiger dalam perjalanan pulang selepas bermain bola sepak. Ketika meninggalkan kawasan berkenaan, beberapa lelaki tidak dikenali yang menaiki motosikal melepaskan tembakan ke arah kenderaan tersebut.
Tiger bagaimanapun terselamat daripada terkena sebarang peluru. Dia hanya mengalami luka ringan, manakala pemandunya mengalami kecederaan akibat tembakan di bahagian tangan kiri.
The post Kes tembak, bekas kekasih menangis risaukan Tiger Shroff appeared first on Kosmo Online.




