Kes tikam 61 kali: Dua lelaki tiba di mahkamah untuk disambung reman

LocalPolitics
8 May 2026 • 9:15 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Kes tikam 61 kali: Dua lelaki tiba di mahkamah untuk disambung reman
Dua lelaki yang ditahan bersabit dengan kes bunuh pelajar perempuan Kolej Poly-Tech MARA (KPTM), di Kampung Simah, Ketereh tiba di mahkamah untuk perintah sambungan reman pada Jumaat.

KOTA BHARU - Dua lelaki yang ditahan bersabit dengan kes bunuh pelajar perempuan Kolej Poly-Tech MARA (KPTM), Nurfisya Zulkifly, 19, yang ditemukan mati dengan 61 kesan tikaman di Kampung Simah, Ketereh tiba di mahkamah di sini untuk perintah sambungan reman pada Jumaat.

Kedua-dua suspek yang memakai baju lokap tiba pada jam 8.20 pagi dengan menaiki kenderaan polis.

Sambungan reman ini bagi membolehkan polis meneruskan sisatan lanjut berkait kes tersebut.

Sebelum ini, kedua-dua suspek berusia 19 tahun itu reman selama tujuh hari bermula 2 Mei lalu.

Sinar Harian pada Khamis melaporkan, tahanan reman ke atas dua lelaki bersabit dengan kes bunuh pelajar perempuan Kolej Poly-Tech MARA (KPTM), Nurfisya Zulkifly, 19, yang ditemukan mati dengan 61 kesan tikaman di Kampung Simah, Ketereh di sini dijangka akan dilanjutkan.

Ia selepas perintah reman yang diberikan selama tujuh hari oleh mahkamah akan tamat pada Jumaat.