Suspek kes tikam pelajar 61 kali disambung reman tujuh hari lagi

8 May 2026 • 12:25 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Suspek kes tikam pelajar 61 kali disambung reman tujuh hari lagi
Reman terhadap dua suspek kes bunuh pelajar perempuan KPTM, Nurfisya yang ditemukan mati dengan 61 kesan tikaman di Kampung Simah, Ketereh, Kota Bharu disambung reman tujuh hari lagi bermula Jumaat. Foto SINAR HARIAN/HAZELEN LIANA KAMARUDIN

KOTA BHARU - Reman terhadap dua suspek kes bunuh pelajar perempuan Kolej Poly-Tech MARA (KPTM), Nurfisya Zulkifly, 19, yang ditemukan mati dengan 61 kesan tikaman di Kampung Simah, Ketereh di sini disambung reman tujuh hari lagi bermula Jumaat.

Perintah sambung reman terhadap kesemua suspek berusia 19 tahun itu dikeluarkan Majistret Rais Imran Hamid bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Terdahulu, kedua-dua suspek yang memakai baju lokap berwarna oren tiba pada jam 8.20 pagi dengan menaiki kenderaan polis.

Sinar Harian pada Khamis melaporkan, tahanan reman ke atas dua lelaki bersabit dengan kes bunuh pelajar perempuan KPTM, Nurfisya yang ditemukan mati dengan 61 kesan tikaman di Kampung Simah, Ketereh di sini dijangka akan dilanjutkan.

Ia selepas perintah reman yang diberikan selama tujuh hari oleh mahkamah akan tamat pada Jumaat.