Kes tikam pelajar: Suasana sekolah tenang

6 Jul 2026 • 3:41 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Kes tikam pelajar: Suasana sekolah tenang
Suasana tenang hadapan sebuah sekolah di Banting susulan insiden seorang pelajar cedera ditikam pada Isnin.
Image from: Kes tikam pelajar: Suasana sekolah tenang
keadaan hadapan sebuah sekolah di Banting susulan insiden seorang pelajar cedera ditikam pada Isnin.

KUALA LANGAT - Suasana sebuah sekolah menengah di sini berada dalam keadaan tenang susulan insiden seorang pelajar cedera ditikam pada Isnin.

Tinjauan Sinar Harian bermula jam 2.30 petang mendapati urusan keluar masuk pelajar berjalan seperti biasa.

Keadaan luar kawasan sekolah juga dipenuhi kenderaan ibu bapa yang mengambil anak pulang dari sekolah, malah kawasan pondok juga dipenuhi pelajar sekolah.

Seorang wanita yang juga ibu kepada pelajar sekolah terbabit memaklumkan dia terkejut apabila mengetahui insiden itu.

"Sebagai ibu sudah pasti saya risau dengan kes itu apatah lagi bila berlaku dalam sekolah.

"Siapa yang harus dipersalahkan?," katanya ketika ditemui di pekarangan sekolah di sini pada Isnin.

**media[3573043]**

Sementara itu, seorang pelajar Tingkatan Lima sekolah terbabit memaklumkan dia mendengar bunyi kekecohan ketika sedang menjawab peperiksaan.

"Masa itu tengah jawab 'trial'. Tak lama lepas habis ujian itu kami terus tengok apa yang berlaku di bawah (sekolah).

"Saya tak kenal orang yang tikam itu. Cuma dengarnya dia (suspek) direhatkan dari sekolah. Mangsa pun saya tidak kenal," ujarnya.

Sebelum itu, kejadian kira-kira jam 9.30 pagi, seorang pelajar Tingkatan Tiga berusia 15 tahun cedera ditikam di beberapa bahagian badan dalam insiden yang mengejutkan warga sekolah.

Suspek dipercayai memasuki kawasan kantin melalui laluan dari arah surau sebelum kejadian berlaku.

Difahamkan, suspek yang juga berusia 15 tahun, dilaporkan tidak hadir ke sekolah sejak beberapa bulan lalu dan sedang menjalani rawatan kesihatan.

Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar dilaporkan berkata, suspek kes terbabit telah ditahan untuk siasatan lanjut.

Kes disiasat di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved