KAJANG - Seorang pakar akademik berkaitan Perlembagaan Persekutuan akan dipanggil untuk dirakam percakapan bagi membantu siasatan melibatkan bekas Ahli Parlimen Damansara, Tony Pua berhubung isu sensitif berkaitan institusi Raja Berperlembagaan dan Rukun Negara.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk M Kumar berkata, sebanyak 120 laporan polis telah diterima pihaknya.
"Seramai 95 saksi telah dirakam percakapan.
"Kita juga akan merakam percakapan daripada seorang pakar akademik iaitu pakar dari sudut Perlembagaan Persekutuan pada 3 Jun depan untuk mendapatkan pandangan dari sudut akademik mengenai Perlembagaan Persekutuan tersebut," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang, di sini pada Selasa.
Beliau berkata, siasatan dijalankan di bawah Seksyen 505B Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Khamis lalu, Tony diambil keterangan kira-kira 40 minit selepas menerima panggilan daripada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam pada jam 1.30 petang untuk mengatur rakaman percakapan mengikut Seksyen 112 Kanun Tatacara Jenayah.
Polis membuka kertas siasatan terhadap Tony susulan hantaran yang didakwa menyentuh isu sensitif.
Menerusi hantaran itu, Tony menyatakan bahawa Malaysia mengamalkan sistem Raja Berperlembagaan yang mana kuasa raja secara amnya terhad kepada aspek-aspek tertentu sahaja.
Katanya, rakyat Malaysia tidak hidup dalam sistem di mana raja boleh mengeluarkan titah yang mengikat dan menggubal semua aspek kehidupan rakyat.
Kenyataan itu dikeluarkan susulan titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang menyarankan Ahli Dewan Undangan Negeri Seri Kembangan, Wong Siew Ki dan bekas Exco DAP, Ronnie Liu datang seminggu sekali ke Dataran Selangor untuk memahami dah menghayati makna Rukun Negara.
ARTIKEL BERKAITAN: Tony Pua kongsi penghayatan mukadimah Rukun Negara
Persenda titah sultan: Tony Pua biadab, bagai kaduk naik junjung - Asyraf Wajdi
Tony Pua dakwa kuasa raja terhad pada aspek tertentu
Persenda titah sultan: Tony Pua biadab, bagai kaduk naik junjung - Asyraf Wajdi
'Cukup-cukuplah kerjasama dengan mereka, titah Sultan pun sanggup diperlekeh' - Akmal Saleh
Hormati Institusi Raja, jangan pilih Perlembagaan ikut kepentingan politik - Mohamed Sukri
Tony Pua dipanggil polis, beri keterangan hampir 40 minit
Dalam kes berasingan, Kumar memaklumkan pihaknya sedang menunggu arahan lanjut daripada Jabatan Peguam Negara (AGC) berhubung insiden tembakan yang menyebabkan kematian tiga individu di Durian Tunggal, Melaka pada November tahun lalu.
"Seramai 63 saksi telah diambil keterangan.
"Kertas siasatan telah dirujuk empat kali ke AGC dan telah diberi beberapa arahan untuk melengkapkan siasatan," ujarnya.
Tambahnya, segala arahan dari AGC telah diambil tindakan dan telah diserahkan pada Isnin untuk arahan dannasihat selanjutnya berkenaan hala tuju kes terbabit.






