Kes Ugutan Bunuh Radja Band, 2 Lelaki Ditahan Polis

Entertainment
14 Mar 2023 • 11:48 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Pada Sabtu lepas, kumpulan muzik terkenal Indonesia, Radja telah mengadakan konsert di Stadium Tertutup Arena Larkin, Johor Bahru.

Namun, terdapat berita yang kurang sedap didengar apabila adanya ugutan bunuh yang dilemparkan kepada kumpulan rock Indonesia itu.

Menurut laporan Berita Harian, insiden kekecohan tersebut berlaku sekitar jam 11.15 malam Sabtu, ia dikatakan tercetus susulan berlaku isu salah faham antara pihak penganjur dan band berkenaan.

Kumpulan berkenaan lalu didatangi dua individu lelaki yang mendakwa mereka mewakili pihak penganjur dan kedua-dua mereka itu melemparkan kata-kata kesat serta ancaman bunuh.

Lebih mengeruhkan keadaan, vokalis kumpulan tersebut, Ian Kasela memberitahu individu terbabit telah melakukan ugutan bunuh terhadap kesemua rakan sekumpulannya yang masih berada di sekitar negara ini.

Bagaimanapun, Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat, berkata dua lelaki itu ditahan selepas menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan (JBS).

“Kira-kira jam 3.30 petang tadi, sepasukan polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah IPD JBS telah menahan kedua-dua suspek di perkarangan IPD JBS.

Hasil siasatan mendapati suspek adalah seorang lelaki warga tempatan yang berusia 37 tahun dan seorang lagi lelaki warga asing berusia 48 tahun,” katanya dalam kenyataan media.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955.

Harap tak ada lagi kes macam ni lepas ni…

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.