Kes Warga Emas Dipukul Selepas Kemalangan: 3 Lelaki Ditahan Polis

25 Nov 2026 • 10:05 AM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

Kes Warga Emas Dipukul Selepas Kemalangan: 3 Lelaki Ditahan Polis

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Semalam (24 November), tular di media sosial rakaman video yang memaparkan seorang warga emas dipukul oleh seorang lelaki di Jalan Pasir Panjang, Kuala Terengganu, Terengganu.

Menerusi video tular, lelaki terbabit dilihat memukul mangsa menggunakan siku sehingga menyebabkan mangsa tidak stabil lalu terjatuh.

Malah, dia juga dilihat cuba menendang sebelum cubaannya dihalang oleh beberapa individu di situ.

Hantaran itu nyata mendapat perhatian sehingga ramai yang mengecam dan mahu pihak berkuasa mengambil tindakan segera.

Baca Artikel Berkaitan: Tindakan Individu Pukul Warga Emas Selepas Kemalangan Dikecam, Anak Dedah Sudah Buat Laporan Polis [Video]

Polis Tahan 3 Lelaki Disyaki Terlibat Pukul Warga Emas

Malam tadi (24 November), tiga lelaki tular ditahan polis selepas disyaki terlibat dalam kejadian keganasan itu.

Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd Noor, ketiga-tiga suspek merupakan warga tempatan yang berusia 39 hingga 44 tahun.

Jelas Azli, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian pergaduhan yang dipercayai berpunca akibat kemalangan jalan raya melibatkan dua kenderaan pada 23 November jam 5 petang.

Perodua Alza Dipercayai Langgar Bahagian Belakang Kereta Dinaiki Mangsa

Tambahnya, hasil siasatan awal mendapati sebuah kereta Perodua Alza dipercayai melanggar belakang sebuah kereta jenis Skoda yang dipandu oleh seorang wanita.

“Susulan kejadian itu, seorang lelaki berusia 62 tahun yang juga suami dan penumpang kereta berkenaan keluar untuk melihat keadaan kereta, namun diserang individu yang berada dalam kereta Perodua Alza terbabit.

“Individu itu dipercayai bertindak agresif dengan menyerang mangsa menggunakan tumbukan, siku dan tendangan sehingga menyebabkan mangsa cedera di muka, hidung dan mulut,” katanya.

Ketiga-Tiga Suspek Akan Direman Hari Ini

Jelas Azli, mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) bagi mendapatkan rawatan.

“Siasatan dijalankan Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (BSJD) Kuala Terengganu berjaya menahan ketiga-tiga suspek.

“Mereka akan dibawa ke Mahkamah Majistret Kuala Terengganu esok (25 November) bagi permohonan reman untuk membantu siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun dan juga boleh didenda,” katanya.

Mangsa Patah Tulang Hidung & Retak Rahang

Sebelum ini, rakaman video yang memaparkan kejadian berkenaan mula tular selepas dimuat naik oleh anaknya yang dikenali sebagai Daniel Haiqal.

Menerusi rakaman video terbabit, seorang lelaki memakai jaket dan topi hitam menyiku muka mangsa sebelum ia dihalang oleh orang ramai.

Memetik Harian Metro, insiden berlaku selepas mangsa yang juga bekas pekerja Jabatan Kerja Raya (JKR) dan isterinya dalam perjalanan pulang ke rumah setelah minum petang di Pantai Teluk Ketapang, Seberang Takir.

Akibat kejadian itu, mangsa patah tulang hidung dan mengalami keretakan pada kedua-dua rahang.

Turut tular rakaman video kamera litar tertutup (CCTV) premis berhampiran yang memaparkan kejadian dari sudut berbeza yang memperlihatkan mangsa diserang selepas keluar dari kereta.

Baca Artikel Berkaitan:

Tindakan Individu Pukul Warga Emas Selepas Kemalangan Dikecam, Anak Dedah Sudah Buat Laporan Polis [Video]
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved