Tiga Lelaki Serang Warga Emas Sehingga Cedera Di Muka, Hidung Dan Mulut Direman Empat Hari 

25 Nov 2026 • 11:23 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Intipati berita

  • Tiga lelaki direman selama empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes menyerang warga emas berusia 62 tahun di Terengganu.
  • Kejadian dipercayai berpunca daripada kemalangan antara Perodua Alza dan Skoda yang dipandu isteri mangsa.
  • Mangsa yang keluar memeriksa kerosakan kereta isterinya dipercayai diserang tiga individu sehingga mengalami kecederaan pada bahagian muka, hidung dan mulut.
  • Rakaman serangan itu tular di Facebook dan mencetuskan kemarahan netizen. Kes disiasat mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun dan boleh dikenakan denda.

Tiga lelaki direman selama empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes menyerang seorang warga emas sehingga mengalami kecederaan di muka, hidung dan mulut di Lorong Ikhwan, Jalan Pasir Panjang, Isnin lalu.

Menurut laporan Harian Metro, perintah reman sehingga Sabtu itu dikeluarkan oleh Majistret Muhammad Amir Zainul Muttaqin Mohd Zamri.

Apa punca sebenar warga emas diserang?

View on Threads

Memetik laporan media, Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd Noor berkata, ketiga-tiga suspek yang merupakan warga tempatan berusia antara 39 hingga 44 tahun itu ditahan petang semalam.

Menurut beliau, kejadian dipercayai bermula apabila sebuah kereta Perodua Alza melanggar bahagian belakang kereta Skoda yang dipandu isteri mangsa.

Kejadian dipercayai berpunca apabila sebuah kereta Perodua Alza dipercayai melanggar bahagian belakang kereta Skoda dipandu isteri mangsa.

Mangsa yang keluar untuk melihat kerosakan pada kenderaan berkenaan bagaimanapun diserang individu yang menaiki Perodua Alza terbabit.

Video serangan warga emas tular, cetus kemarahan netizen

warga emas

Terdahulu, seorang lelaki berusia 62 tahun dilaporkan mengalami kecederaan pada bahagian muka, hidung dan mulut selepas diserang tiga individu susulan kemalangan jalan raya kira-kira jam 5 petang Isnin lalu.

Kejadian itu turut mengundang kemarahan orang ramai selepas rakaman video memaparkan mangsa diserang tular di Facebook.

Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun dan juga boleh didenda.

The post Tiga Lelaki Serang Warga Emas Sehingga Cedera Di Muka, Hidung Dan Mulut Direman Empat Hari  appeared first on Oh! Media.
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved