Kes Xavier Jayakumar diklasifikasikan KUS

LocalPolitics
19 Aug 2026 • 2:03 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Kes Xavier Jayakumar diklasifikasikan KUS
Xavier Jayakumar

KUALA LUMPUR - Kes melibatkan Datuk Dr Xavier Jayakumar diklasifikasikan sebagai Kemas Untuk Simpan (KUS) oleh Timbalan Pendakwa Raya pada 2024 selepas siasatan mendapati tiada keterangan mencukupi untuk menuduh bekas Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli itu.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam kenyataan pada Rabu memaklumkan, siasatan berhubung kes berkenaan yang dibuka pada 2021 telah selesai.

"Sebanyak dua kertas siasatan dibuka pada 2021 mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009.

"Setelah siasatan dan penelitian terhadap fakta, dokumen serta keterangan berkaitan dilaksanakan, Timbalan Pendakwa Raya telah membuat keputusan Kemas Untuk Simpan (KUS) kes tersebut pada 2024 kerana tiada keterangan mencukupi untuk menuduh Xavier," katanya.

Menurut SPRM, tempoh sesuatu siasatan bergantung kepada kompleksiti kes serta keperluan untuk mendapatkan, meneliti dan mengesahkan maklumat serta keterangan yang berkaitan.

"SPRM menegaskan bahawa setiap siasatan dijalankan secara profesional, telus dan berdasarkan fakta serta keterangan tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak.

"Sehubungan itu, SPRM meminta semua pihak agar tidak membuat sebarang spekulasi atau andaian berhubung perkara berkenaan memandangkan siasatan telah selesai," katanya.

Xavier sebelum ini disiasat SPRM susulan penahanan rakan karibnya, M A Thinagaran kerana disyaki menerima rasuah daripada beberapa syarikat bagi projek yang dianugerahkan kepada mereka oleh Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli pada 2019, ketika beliau mengetuai kementerian itu sebagai menteri.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved