Siasatan terhadap Xavier Jayakumar selesai: SPRM

LocalPolitics
19 Aug 2026 • 3:50 PM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

Image from: Siasatan terhadap Xavier Jayakumar selesai: SPRM

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memaklumkan dua kertas siasatan melibatkan bekas Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli Datuk Dr Xavier Jayakumar pada 2021 telah selesai dan diklasifikasikan sebagai Kemas Untuk Simpan (KUS). 

SPRM dalam kenyataan hari ini memaklumkan keputusan itu dibuat pada 2024 oleh Timbalan Pendakwa Raya selepas penelitian dan siasatan menyeluruh terhadap fakta, dokumen serta keterangan berkaitan mendapati tiada keterangan mencukupi untuk menuduh bekas menteri itu.

SPRM memaklumkan siasatan terhadap dua kertas siasatan mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009 itu selesai selepas penelitian terhadap maklumat dan keterangan yang diperoleh dilaksanakan secara menyeluruh.

“Tempoh sesuatu siasatan bergantung kepada kompleksiti kes serta keperluan untuk mendapatkan, meneliti dan mengesahkan maklumat serta keterangan berkaitan.

“SPRM menegaskan setiap siasatan dijalankan secara profesional, telus dan berdasarkan fakta serta keterangan tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak,” menurut kenyataan itu.

Sehubungan dengan itu, SPRM meminta semua pihak tidak membuat sebarang spekulasi atau andaian berhubung perkara tersebut memandangkan siasatan telah selesai.

Xavier sebelum ini disiasat SPRM susulan penahanan seorang rakannya kerana disyaki menerima rasuah daripada beberapa syarikat bagi projek yang dianugerahkan kepada mereka semasa menjawat jawatan menteri. - 19 Ogos, 2026

The post Siasatan terhadap Xavier Jayakumar selesai: SPRM appeared first on Scoop.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved