Rogol wanita OKU: Polis Terengganu lengkap siasatan minggu ini

19 Aug 2026 • 4:21 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Rogol wanita OKU: Polis Terengganu lengkap siasatan minggu ini

KUALA TERENGGANU: Polis dijangka melengkapkan siasatan kes rogol membabitkan seorang wanita orang kurang upaya (OKU) di Chukai, Kemaman, dekat sini dalam minggu ini sebelum kertas siasatan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya (DPP) untuk arahan lanjut.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Mohd. Khairi Khairudin berkata, siasatan masih dijalankan termasuk melengkapkan prosedur serta mengambil keterangan daripada semua pihak yang berkaitan.

Katanya, lima suspek yang ditahan sebelum ini masih dalam tahanan reman bagi membantu siasatan.

“Buat masa ini, siasatan masih berjalan dan kita sedang melengkapkan kertas siasatan untuk dirujuk kepada DPP. Kita jangka siasatan dapat dilengkapkan dalam minggu ini kerana tempoh reman masih ada sehingga 30 Ogos ini,” katanya selepas Program Konvoi Amal PDRM bersama Kelab Superbike Ipoh (KSI) sempena sambutan Ambang Hari Kebangsaan ke-69 di Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu, di sini.

Mohd. Khairi berkata, pihaknya pada peringkat awal turut mengambil langkah menahan semula suspek di bawah Akta Imigresen selepas tempoh reman bagi kes rogol berakhir.

Katanya, tindakan itu dibuat bagi memastikan kesemua suspek kekal berada dalam negara dan tidak melarikan diri sekiranya dibebaskan dengan jaminan.

“Kita bimbang kalau mereka diberi jaminan, mereka tidak akan lapor diri. Jadi, kita ambil tindakan di bawah Akta Imigresen sementara menunggu arahan lanjut. Kita berharap dalam tempoh tersebut, kita akan menerima arahan daripada DPP selepas siasatan dilengkapkan,” katanya.

Sebelum ini, polis menahan lima lelaki warga Myanmar berusia antara 19 tahun hingga 28 tahun bagi membantu siasatan kes seksual membabitkan wanita OKU intelektual berusia 23 tahun. – UTUSAN

The post Rogol wanita OKU: Polis Terengganu lengkap siasatan minggu ini appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved