Kes Zahid: Tuan Ibrahim nafi keluar kenyataan

Politics
4 Sep 2023 • 4:58 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Tuan Ibrahim menafikan mengeluarkan kenyataan menerusi dua buah poster yang tular pada Isnin.

KUALA LUMPUR - Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man menafikan mengeluarkan kenyataan membabitkan keputusan kes mahkamah Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di dua buah poster yang tular pada Isnin.

Tuan Ibrahim menerusi Twitternya menafikan sekeras-kerasnya kenyataan seperti dalam poster berkenaan dan juga di laman blog MH Daily.

"Saya tidak pernah dihubungi oleh mana-mana pihak dan tidak pernah mengeluarkan kenyataan yang membawa maksud menyokong keputusan pembebasan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pada hari ini.

"Perlu ditegaskan bahawa menghormati keputusan mahkamah adalah berbeza dengan isu pendakwa raya yang tidak meneruskan pendakwaan," katanya pada Isnin.

Beliau dalam pada itu minta pihak yang menularkan perkara ini agar menghentikannya dengan segera.