Kes Zara Qairina: Ibu Arwah Gembira Mahkamah Tolak Permohonan Tangguh

LocalPolitics
28 Aug 2025 • 2:19 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Melalui laporan Harian Metro, kehadiran ibu Allahyarham Zara Qairina di Mahkamah Koroner telah menarik perhatian pengunjung Kompleks Mahkamah Kota Kinabalu pada hari ini bagi mengikuti pendengaran permohonan pihak berkepentingan inkues kematian anaknya.

image is not available

Difahamkan, ibu arwah iaitu Noraidah Lamat yang tiba pada jam 8.50 pagi diiringi wakil badan bukan kerajaan (NGO) dan pasukan guamannya kelihatan tenang dan sempat menjawab salam pihak media.

Bahkan, sebelum melangkah masuk ke dalam mahkamah, Noraidah sempat melemparkan senyuman tanpa menunjukkan sebarang riak.

image is not available

Sebaik sahaja permohonan inkues selesai, suasana yang sama juga dikekalkan, di mana ibu arwah dan peguam keluarga kekal tenang, malah mengadakan sidang media di luar perkarangan mahkamah.

Ibu Zara bersemangat, memang inilah hari-hari yang dinantikan. Sejak awal lagi keluarga mahu inkues ini diteruskan. Bila permohonan tangguh tidak dibenarkan, saya percaya ibu Zara gembira untuk meneruskan prosiding.

image is not available 2025-08-21 14:30:48

Sebut Nama Anak Menteri Sabah, Saifuddin Akui Khilaf - "Bukan Anak Datuk Ariffin, Saya Tarik Semula Kenyataan Itu"