Kes Zara Qairina: Istana Seri Kinabalu Nafi Penglibatan Keluarga TYT Sabah

LocalPolitics
1 Aug 2025 • 9:43 AM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Istana Seri Kinabalu menafikan sekeras-kerasnya dakwaan tular di media sosial kononnya ada individu dalam kalangan keluarga Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman terlibat dengan kes kematian pelajar tingkatan satu, Zara Qairina Mahathir di sebuah sekolah di Papar.

Istana Seri Kinabalu nafi penglibatan keluarga TYT Sabah

Menurut laporan Bernama, Istana Seri Kinabalu menegaskan bahawa dakwaan tersebut adalah tidak berasas, tidak bertanggungjawab serta bersifat fitnah yang boleh mencemarkan reputasi keluarga Tun Musa.

image is not available

Foto: Bernama

Istana juga meminta orang ramai tidak menyebarkan maklumat yang tidak sahih dan berbaur fitnah serta mengingatkan penyebaran maklumat palsu boleh dikenakan tindakan di bawah undang-undang sedia ada termasuk Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Sebarang perkembangan berkaitan siasatan hendaklah dirujuk kepada polis atau Kementerian Pendidikan bagi mengelakkan kekeliruan dan salah faham orang awam,” menurut kenyataan itu pada Khamis.

Terdahulu, Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Jauteh Dikun berkata, siasatan kes itu dibawa ke Bukit Aman untuk pemerhatian dan juga penelitian akhir sebelum dirujuk ke Jabatan Peguam Negara.

image is not available

Foto: Media sosial

Untuk rekod, pelajar berusia 13 tahun itu disahkan meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu pada 11 pagi 17 Julai, sehari selepas ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri di dalam longkang berhampiran asrama sekolahnya pada 4 pagi, 16 Julai. Sumber: