Kes Zara Qairina: “Kami Mohon Penangguhan Inkues Bukan Untuk Lengahkan Keadilan” – Datuk Ram Singh

LocalPolitics
29 Aug 2025 • 9:08 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Melalui laporan Berita Harian, pasukan peguam yang mewakili lima remaja bawah umur yang didakwa terbabit dengan kes pembulian Allahyarham Zara Qairina memaklumkan mereka mohon untuk penangguhan prosiding inkues bukan bertujuan untuk melengahkan usaha tuntut keadilan.

Bukan untuk melengahkan inkues

Tegas Datuk Ram Singh, pasukannya menggunakan hak di bawah undang-undang.

Apabila kami memohon penangguhan, bukan kerana mahu melengahkan inkues. Kami mohon penangguhan kerana itu adalah proses undang-undang.

image is not available

Tambahnya lagi, pihak pembelaan turut menekankan kepentingan bagi memastikan semua saksi, termasuk saksi kanak-kanak dilindungi sepanjang inkues berlangsung.

“Kami hanya cuba merungkai kebenaran..”

Menurut Ram Singh, pihaknya belum menerima senarai saksi yang dipanggil untuk memberi keterangan pada prosiding inkues itu.

image is not available

Inkues adalah untuk mencari fakta. Kami hanya cuba merungkai kebenaran dan kebenaran itu akan muncul di mahkamah melalui keterangan saksi serta proses soal balas.

Dalam pada itu, dia berkata pihak pembelaan berhak mencabar sebarang isu atau bukti yang boleh menjejaskan anak guam mereka.

image is not available 2025-08-28 14:19:49

Kes Zara Qairina: Ibu Arwah Gembira Mahkamah Tolak Permohonan Tangguh