Kes Zara Qairina: “Mereka Berhak Dapat Perlindungan” – SUHAKAM Ingatkan Orang Awam Tak Boleh Dedah Identiti 5 Remaja Didakwa Rabu Ini

LocalPolitics
19 Aug 2025 • 11:05 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Melalui laporan Harian Metro, Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) menzahirkan kebimbangan berhubung pendakwaan lima remaja bawah 18 tahun di Mahkamah Kanak-Kanak Kota Kinabalu, Sabah, Rabu ini, berhubung kes kematian Allahyarham Zara Qairina.

Lima remaja berhak dapat perlindungan

Difahamkan, pihak SUHAKAM memperingatkan agar orang awam serta media untuk bertindak penuh bertanggungjawab serta mematuhi undang-undang, khususnya melibatkan hak perlindungan kanak-kanak.

Mereka berhak mendapat perlindungan penuh di bawah Akta Kanak-Kanak 2001 (Akta 611), termasuk sokongan berasaskan trauma, wakil guaman, serta layanan yang adil.

image is not available

Tak boleh dedah identiti kepada umum

Dalam pada itu, SUHAKAM berkata identiti lima remaja itu tidak boleh didedahkan secara langsung atau tidak langsung termasuk nama, gambar, sekolah, atau sebarang butiran didedahkan kepada umum.

Masyarakat perlu sedar bahawa buli, sama ada di sekolah atau di media sosial, tidak boleh diterima dalam apa jua bentuk.

image is not available

Sebelum ini, Jabatan Peguam Negara (AGC) telah mengesahkan beberapa suspek yang terlibat dalam kes kematian arwah Zara dan mereka akan didakwa pada Rabu ini.

image is not available 2025-08-18 18:25:38

Kes Zara Qairina: “Lima Remaja Bawah Umur Didakwa Rabu Ini” - Peguam Negara