Forensik Minta Saksi Kanak-kanak Lakonkan Semula Insiden Melibatkan Kes Adik Zayn Rayyan

15 Dec 2023 • 1:36 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Pada hari kesembilan operasi pencarian bahan bukti, seorang kanak-kanak yang dipecayai menjadi saksi kes bunuh adik Zayn Rayyan Abdul Matiin telah membuat semula lakonan.

Kanak-kanak itu menunjukkan arah di mana kali terakhir dia melihat kelibat arwah Zayn yang dipercayai berada pada 5 Disember lalu.

Lakonan semula itu dijalankan sekitar jam 11.30 pagi, dari Blok R sehingga ke lokasi sekitar penemuan mayat. Namun begitu, Harian Metro melaporkan bahawa pihak media hanya boleh mengambil gambar dan melihat dari jauh serta tidak dibenarkan menghampiri kawasan apartment itu.

Lapor sumber lagi, lakonan semua itu dibuat berdasarkan dua saksi kanak-kanak yang juga rakan kepada mangsa untuk mengesan sekiranya ada bukti baharu.

Terdahulu, polis klasifikasikan kematian adik Zayn Rayyan sebagai kes bunuh selepas bedah siasat mendapati ada kecederaan pada leher dan badan kanak-kanak autisme itu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Berita Harian (@beritaharian)

Mayat Zayn Rayyan ditemui di saliran air berdekatan takungan air 200 meter dari rumahnya di Apartmen Idaman, Damansara Damai, di sini, kira-kira jam 10 malam Rabu lalu.

Sumber : Harian Metro, X

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.