Kesalahan Imigresen: 33 PTI dihukum penjara

3 May 2024 • 3:49 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Cynthia D Baga

Kota Kinabalu: Tiga puluh tiga orang dipenjara oleh Mahkamah Khas Imigresen kerana memasuki negeri ini secara haram dan tinggal lebih masa di negeri ini.

Kesemua mereka mengaku bersalah secara berasingan di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Dana Arabi Wazani, yang duduk sebagai Hakim Mahkamah Sesyen, di Pusat Tahanan Sementara Imigresen di Manggatal, di sini.

Dua puluh enam daripada mereka masing-masing dipenjara tiga, empat dan enam bulan kerana memasuki negeri ini tanpa sebarang dokumen dan seorang daripada mereka diperintah dikenakan sebatan.

Pendatang tanpa izin itu didakwa mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda sehingga RM10,000, jika sabit kesalahan.

SPONSORED CONTENT Electrifying windows of opportunity in Sabah - The right policies, collaborations, and strategies can turn emerging opportunities into victories for all parties in Sabah. CHIEF Minister Datuk Seri Panglima Hajiji Noor’s 2021 Hala Tuju Sabah Maju Jaya Plan and the Sabah Economic Development and Investment Authority (SEDIA) have laid out a road map to an exciting future for all Sabahans, with a target of increasing Sabah’s income levels and GDP per capita from about RM 23,000 to about RM 40,000 by 2030. Read more Sementara itu, selebihnya masing-masing dipenjara tiga dan empat bulan kerana tinggal di negeri ini selepas pasport mereka telah tamat tempoh.

Kesemua 33 orang itu diperintah menjalani hukuman penjara dari tarikh mereka ditangkap.

Selepas menjalani hukuman itu, pendatang tanpa izin terbabit akan dirujuk ke Jabatan Imigresen untuk dihantar pulang.

Pegawai Pendakwa Gressia Yolanda Ismail Uvaraj tampil untuk pendakwaan.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.