Kesan Hisap ‘Vape Mushroom’, Remaja 14 Tahun Kel*r Leher & Tangan Sendiri

LocalHealth & Fitness
29 May 2026 • 2:44 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Seorang remaja perempuan berusia 14 tahun dipercayai bertindak mengelar leher serta kedua-dua tangannya sendiri di rumah keluarganya di Banda Hilir, Melaka pada Ahad lalu selepas terpengaruh dengan penggunaan ‘vape mushroom’.

Ketua Polis Melaka, Dzulkhairi Mukhtar berkata, siasatan awal mendapati bahan terlarang itu dipercayai diperoleh daripada teman lelakinya yang berusia 17 tahun dan merupakan pelajar tingkatan empat.

Advertisement

Katanya, kejadian berlaku selepas remaja terbabit berang apabila ibu angkatnya melarang dia keluar bersama teman lelakinya. Mangsa kemudian masuk ke bilik tidur sekitar pukul 10.33 malam sebelum mengelar kedua-dua tangan dan lehernya menggunakan pisau.

Ibu angkatnya mendakwa anaknya itu berada dalam keadaan tidak terkawal akibat pengaruh ‘vape mushroom’.

Ketua Polis Melaka, Dzulkhairi Mukhtar

Mangsa telah menerima rawatan di Hospital Melaka dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil sebelum dibenarkan keluar wad semalam.

Susulan kes itu, polis turut dilaporkan menahan teman lelaki mangsa yang dipercayai membekalkan ‘vape mushroom’ berkenaan bagi membantu siasatan.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Image from: Kesan Hisap ‘Vape Mushroom’, Remaja 14 Tahun Kel*r Leher & Tangan Sendiri2025-09-10 15:50:09

"Penjualan Vape Akan Diharamkan Sepenuhnya" - Dr Dzulkefly Ahmad

The post Kesan Hisap ‘Vape Mushroom’, Remaja 14 Tahun Kel*r Leher & Tangan Sendiri first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

View Original Article