Di era digital ini, tablet, telefon pintar, dan TV menjadi sebahagian daripada kehidupan seharian kanak-kanak. Ibu bapa sering menggunakan peranti ini sebagai alat hiburan atau pembelajaran, dengan harapan anak cepat belajar bahasa, nombor, atau mengenal huruf.
Namun, bagi anak berusia 0–2 tahun, pendedahan awal kepada skrin sebenarnya boleh memberi kesan negatif kepada perkembangan pertuturan, kognitif, dan emosi mereka.
Perkembangan Otak Anak Bawah Dua Tahun
Kanak-kanak di bawah dua tahun sedang melalui fasa perkembangan kognitif awal. Otak mereka memproses informasi secara berbeza berbanding anak lebih tua. Pada usia ini:
- Anak belajar bahasa dan komunikasi melalui interaksi dua hala dengan orang sebenar.
- Pendedahan kepada skrin yang berlebihan boleh mengganggu proses pembelajaran semula jadi ini.
- Kemahiran mendengar, memahami, dan membalas pertuturan terbina melalui perbualan aktif, bukan melalui video atau aplikasi.
Kesan Skrin yang Tidak Positif
Walaupun video kanak-kanak seperti Sesame Street, Pocoyo, atau Cocomelon kelihatan bermanfaat, kajian menunjukkan kesannya tidak sepositif yang disangka:
- Kelewatan pertuturan dan bahasa
Anak mungkin cepat hafal ABC, nombor, atau nama binatang, tetapi kemahiran pertuturan sebenar tertunda. Bahasa yang dipelajari tidak bersifat interaktif, menyebabkan anak kurang memahami konteks komunikasi sebenar.
2. Masalah tingkah laku dan emosi
Pendedahan skrin berlebihan dikaitkan dengan tingkah laku agresif, emosi tidak stabil, dan kesukaran mengawal diri. Anak yang terlalu awal terdedah skrin mungkin sukar untuk fokus dan bermain dengan cara kreatif.
3. Gangguan tidur dan pertumbuhan fizikal
Bunyi dan cahaya skrin mengganggu kualiti tidur anak. Tidur yang terganggu memberi kesan kepada pertumbuhan fizikal, pemulihan otak, dan kestabilan emosi.
4. Kurang interaksi sosial dan perkembangan kosa kata terhad
Anak yang menonton skrin lama kurang mendapat interaksi mata dan perbualan dengan ibu bapa. Ini mengurangkan peluang anak membina kosa kata dan memahami bahasa pragmatik.
The Hospital for Sick Children (Toronto) — kajian dari projek TARGet Kids! melaporkan bahawa setiap tambahan 30 minit masa skrin dengan peranti genggam (hand‑held screen time) pada bayi / toddler (6–24 bulan) dikaitkan dengan peningkatan 49% risiko “expressive speech delay” (kelewatan pertuturan ekspresif).
Ini menunjukkan bahawa walaupun terdapat kesedaran, ramai ibu bapa tetap membiarkan anak menonton skrin tanpa had.
Cara Membantu Perkembangan Anak 0–2 Tahun
Ada banyak alternatif aktiviti interaktif bersama anak yang boleh dilakukan di rumah untuk merangsang perkembangan mereka, sambil mengeratkan hubungan ibu bapa dan anak.
1. Aktiviti Kreatif Bersama Anak
a) Lukisan atas T-shirt
Anak lukis atas T-shirt ibu bapa, ibu bapa lukis atas T-shirt anak. Selepas siap, biarkan kering dan pakai bersama-sama.
Manfaat aktiviti ini dapat mengembangkan kreativiti, motor halus, dan ikatan emosi melalui aktiviti bersama.
b) Buat Kek Cawan
Buat kek cawan sendiri atau beli yang siap. Ajak anak menghias dengan topping pilihan mereka. Kek boleh disimpan untuk sarapan keesokan hari.
Dengan aktiviti ini anak belajar konsep warna, bentuk, dan susunan, sambil mengasah motor halus dan kreativiti.
c) Buat Piza dengan Hiasan Kreatif
Gunakan doh piza segera atau roti keping. Tambah sos, keju, sosej, dan hiasan lain.
Cara ini anak akan belajar pencampuran bahan, kreativiti visual, dan kesabaran semasa menunggu piza masak.
d) Bacakan buku bersama anak
Gunakan suara jelas, peluk anak sambil membaca cerita. Aktiviti ini bukan sahaja menenangkan anak, tetapi juga meningkatkan kosa kata.
e) Bercakap dan bermain interaktif
Gunakan lagu, permainan tangan, atau bercakap tentang objek di sekeliling. Galakkan anak memberi respon dan balas dengan bahasa sesuai.
2. Aktiviti Luar Rumah dan Bermain Air
Basuh kereta, basuh motor, atau basuh basikal bersama anak.
Aktiviti ini bukan semata-mata membasuh, tetapi untuk bermain air dan berseronok bersama anak.
Dengan bermain air membantu perkembangan emosi, koordinasi fizikal, dan interaksi sosial, sambil anak menikmati aktiviti fizikal.
Kesimpulan
Penggunaan tablet, telefon pintar, atau TV bukanlah alat utama untuk perkembangan bahasa anak 0–2 tahun. Interaksi manusia sebenar, permainan, dan bacaan adalah kunci kepada:
- Perkembangan pertuturan dan kosa kata
- Kemahiran sosial dan emosi
- Fokus dan kreativiti anak
- Kualiti tidur dan pertumbuhan fizikal
Ibu bapa perlu hadkan pendedahan skrin, dan utamakan masa berkualiti bersama anak melalui bercakap, bermain, membaca, dan mendengar. Ini bukan sahaja membina bahasa, tetapi juga ikatan emosi yang kukuh antara anak dan ibu bapa, yang sangat penting untuk kesejahteraan mereka sepanjang hidup.
Sii Nurul (nurulatikayunus23@gmail.com) adalah seorang penulis dalam program Newswav Creator, di mana anda boleh berkongsi cerita, meluahkan pandangan anda, atau menjadi wartawan rakyat dan pada masa yang sama mengewangkan kandungan anda & menjangkau jutaan pengguna di Newswav. Log masuk ke creator.newswav.com dan daftar sebagai Newswav Creator sekarang!
Kandungan Pengguna (“User Content” seperti yang ditakrifkan pada Syarat Penggunaan Newswav) di atas termasuk pandangan yang dinyatakan dan media (gambar, video, petikan dan lain-lain) dimuatnaik & diterbitkan oleh pengarang. Newswav adalah platform pengagregatan yang semata-matanya mengehoskan kandungan. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang kandungan karya, hak cipta atau isu lain, sila hubungi creator@newswav.com.




