Kesatuan Sekerja Micron Di Taoyuan Akan Mogok Minggu Ini Sebagai Solidariti Bersama Pekerja Di Taichung

Business & Finance
20 Oct 2026 • 2:58 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Seperti yang sedia maklum, para pekerja syarikat pengeluar cip memori dan storan Micron di Taiwan sedia menerima habuan bonus bernilai NT$1 juta, tetapi perbincangan masih lagi sedang berjalan bersama dua kesatuan sekerja syarikat tersebut untuk menambahkan habuan perkongsian keuntungan masa panjang juga.

Terkini, ia dilaporkan bahawa kesatuan sekerja Micron di kilang Taoyuan akan mula mogok pada hari Khamis ini, 22 Oktober 2026 sebagai tanda solidariti bersama para pekerja Micron di kilang Taichung. Kesatuan sekerja kilang tersebut akan bertemu dengan pihak pengurusan Micron pada hari yang sama untuk membincangkan pakej bonus dan juga perkongsian keuntungan masa panjang untuk para pekerja di kilang tersebut.

Image from: Kesatuan Sekerja Micron Di Taoyuan Akan Mogok Minggu Ini Sebagai Solidariti Bersama Pekerja Di Taichung

Sebagai konteks, Micron menggaji 15,000 pekerja di kedua-dua kilang pengeluaran komponen cip memori dan storan mereka di Taoyuan dan Taichung, dan walaupun bonus NT$1 juta untuk kesemua pekerja-pekerja ini dilihat sebagai sangat lumayan, kesatuan sekerja di kedua-dua kilang ini juga mahukan tambahan perkongsian keuntungan masa panjang melalui saham syarikat ditambahkan kepada bonus tersebut, sama seperti apa yang dilakukan oleh syarikat pengeluar cip memori Korea Selatan, SK Hynix.

Mogok ini juga bukanlah sesuatu yang baru, kerana kesatuan sekerja Micron di kilang Taoyuan telah bertemu pada awal bulan ini, tetapi kata sepakat masih belum dipersetujui. Oleh kerana ini, kesatuan sekerja tersebut bertindak untuk membenarkan mogok untuk dilakukan sehinggalah pihak pengurusan syarikat bersetuju dengan tuntutan mereka.

Jangkaannya ialah kesatuan sekerja di kilang Taichung juga akan meminta perkara yang sama seperti di kilang Taoyuan, dimana tidak lama lagi pihak pengurusan Micron akan perlu membuat keputusan sama ada untuk menuruti tuntutan tersebut, atau cuba lagi untuk memastikan pengeluaran komponen memori dan storan mereka tidak terjejas dengan mogok ini.

Sumber: The Star

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved