Kesatuan Sekerja Samsung Mogok 18 Hari Bermula Esok Selepas Rundingan Gagal

WorldBusiness & Finance
20 May 2026 • 2:14 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Kesatuan Sekerja Samsung Mogok 18 Hari Bermula Esok Selepas Rundingan Gagal

Kesatuan sekerja Samsung akan memulakan mogok selama 18 hari bermula esok selepas rundingan dengan pihak pengurusan gagal mencapai kata sepakat. Kedua-dua pihak telah melakukan perbincangan selama beberapa hari dengan meditasi oleh wakil kerajaan bagi mengelakkan berlakunya gangguan ke atas pengeluaran cip memori Samsung yang amat diperlukan industri kecerdasan buatan (AI).

Mogok melibatkan 48,000 ahli kesatuan dilakukan selepas syarikat enggan memberikan bonus kepada kakitangan yang bertugas dalam unit yang mengalami kerugian. Permintaan kesatuan menurut Samsung adalah tidak munasabah. Antara perkara lain yang diminta ialah kesatuan ialah pemansuhan had bonus 50% gaji tahunan, dan meminta 15% daripada keuntungan operasi diagihkan sebagai bonus.

Image from: Kesatuan Sekerja Samsung Mogok 18 Hari Bermula Esok Selepas Rundingan Gagal

Ahli kesatuan mengkritik Samsung yang memberikan bonus tiga kali ganda lebih rendah berbanding yang diberikan ole SK Hynix. Seperti Samsung, SK Hynix juga untung besar disebabkan penjualan cip memori.

Dipacu oleh permintaan tinggi cip memori oleh sektor kecerdasan buatan, Samsung mencatatkan peningkatan keuntungan lebih 750% dan nilai pasarannya pula mencecah $1.2 trilion minggu lalu. Ia menjadikan Samsung hanya syarikat Asia kedua selepas TSMC mencapai nilai pasaran lebih $1 trilion. Disebabkan keuntungan yang tinggi ini, kesatuan sekerja pekerja Samsung melalukan perbincangan dengan wakil syarikat untuk menuntut pampasan lebih tinggi daripada majikan.

Dalam mogok sehari yang dilakukan April lalu, pengeluaran faundri Samsung susut 58.1% dengan pengeluaran RAM sahaja susut 18%. Samsung kini berhadapan kerugian 30 trillion won (~RM 80 bilion) disebabkan mogok 18 hari ini.

View Original Article