Suspek Tikam Leher Wanita Direman Tujuh Hari

18 May 2026 • 10:11 AM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Lelaki yang disyaki menikam seorang wanita di bahagian leher dalam kejadian di hadapan sebuah restoran di Titi Gajah, Kepala Batas, Alor Setar direman selama tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan polis.

Menurut laporan Harian Metro, perintah reman terhadap suspek berusia 32 tahun itu dikeluarkan Majistret Noor Shifa Mohd Hamzah di lokap Mahkamah Alor Setar.

Image from: Suspek Tikam Leher Wanita Direman Tujuh Hari

Foto: Harian Metro

Kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan.

Terdahulu, suspek dibawa ke lokap mahkamah kira-kira jam 8.20 pagi dengan menaiki kenderaan polis sambil memakai pakaian lokap berwarna oren dan dikawal anggota polis.

Reman terhadap lelaki itu akan berlangsung sehingga 24 Mei ini.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Syed Basri Syed Ali berkata, suspek berjaya diberkas di kawasan masjid di Taman Uda, Lebuhraya Sultanah Bahiyah pada jam 1.50 pagi tadi.

Menurutnya, tangkapan dibuat kira-kira lima jam selepas insiden berkenaan dilaporkan berlaku pada jam 9.19 malam.

Image from: Suspek Tikam Leher Wanita Direman Tujuh Hari

Foto: Sinar Harian

Sebelum ini, media melaporkan seorang wanita berusia 35 tahun cedera parah selepas dipercayai ditikam oleh lelaki yang dikenalinya ketika berada di dalam sebuah Mazda 3 di hadapan restoran di Jalan Titi Gajah, malam tadi.

Image from: Suspek Tikam Leher Wanita Direman Tujuh Hari

Foto: Sinar Harian

Mangsa mengalami kecederaan serius di bahagian kanan leher sebelum dikejarkan ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk menerima rawatan lanjut.

Polis pada masa sama masih mengesan senjata yang dipercayai digunakan dalam kejadian tersebut.

Sumber: Harian Metro (Zuliaty Zulkiffli)

The post Suspek Tikam Leher Wanita Direman Tujuh Hari appeared first on Borak Daily.