
Semalam kami laporkan kesatuan sekerja Samsung akan meneruskan mogok selama 18 hari membabitkan hampir 50,000 pekerja selepas perbincangan mengenai pampasan kepada pekerja gagal dicapai dengan majikan. Pagi ini kesatuan sekerja mengumumkan mogok ini ditangguh di saat akhir selepas perjanjian awal mengenai gaji berjaya dicapai.

Kesatuan kini akan melakukan undian dalam kalangan ahli antara 23–28 Mei untuk bersetuju ataupun tidak dengan tawaran yang diberikan oleh Samsung. Ahli kesatuan mengkritik Samsung yang memberikan bonus tiga kali ganda lebih rendah berbanding yang diberikan ole SK Hynix. Seperti Samsung, SK Hynix juga untung besar disebabkan penjualan cip memori.
Dipacu oleh permintaan tinggi cip memori oleh sektor kecerdasan buatan, Samsung mencatatkan peningkatan keuntungan lebih 750% dan nilai pasarannya pula mencecah $1.2 trilion minggu lalu. Samsung mungkin menanggung kerugian 30 trillion won (~RM 80 bilion) sekiranya mogok 18 hari diteruskan.






