Keseluruhan kes Covid-19 di Malaysia lepasi lima juta

25 Dec 2022 • 8:32 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Jangkitan baharu wabak itu merekodkan penurunan berbanding 902 kes sehari sebelumnya.

SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Malaysia mencatatkan jumlah keseluruhan kes positif baharu Covid-19 melebihi lima juta kes apabila mencatatkan 5,022,910 kes dengan pertambahan 766 kes pada Sabtu.

Data Kementerian Kesihatan (KKM) menerusi laman sesawang KKMNOW pada Sabtu turut menunjukkan kesemua kes baharu yang direkodkan itu melibatkan penularan tempatan.

Bagaimanapun, jangkitan baharu wabak itu merekodkan penurunan berbanding 902 kes sehari sebelumnya.

Berdasarkan data sama, satu kes kematian baharu akibat Covid-19 dicatatkan, menjadikan jumlah kumulatif kes itu sebanyak 36,831 sejak wabak itu melanda negara.

Dalam pada itu, sebanyak 1,026 kes sembuh dilaporkan, menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 4,971,955 kes.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved