Cik Epal Dedah Sebab Tarik Balik Saman Terhadap Dewi Dan Jofliam – “Si Hamak Tu Dah…”

23 Sep 2026 • 11:52 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Usahawan dan personaliti media sosial, Cik Epal, mendedahkan keputusan untuk menarik balik saman bernilai RM1 juta terhadap Emira Delyati Dewi dibuat selepas wanita berkenaan memohon maaf kepadanya.

Menerusi ruangan komen di Threads, Cik Epal atau nama sebenarnya Nur Munirah Mahmood, 36, menjelaskan perkara tersebut ketika menjawab persoalan seorang individu yang ingin mengetahui sebab dia menarik balik saman berkenaan.

Advertisement

cik epal

Sebab si hamak (Dewi) dah minta maaf. Dari dulu saya nak dia minta maaf sahaja.

Untuk rekod, pada Ogos lalu, nama Cik Epal menjadi perhatian selepas kes saman RM1 juta yang difailkannya terhadap Dewi ditarik balik susulan persetujuan yang dicapai antara kedua-dua pihak.

Dalam perkembangan berkaitan, bekas suami Cik Epal, Jofliam, sebelum ini memaklumkan menerusi satu hantaran di Instagram bahawa hak hadanah bagi kedua-dua anak mereka jatuh kepadanya selaku bapa kandung.

Jofliam turut memaklumkan bahawa pihak-pihak yang terlibat telah menarik balik permohonan, manakala kes komital terhadap dirinya juga telah digugurkan.

Cik Epal dan Jofliam sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga pada 1 Jun 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata hasil perkahwinan tersebut.

Bagaimanapun, pasangan itu akhirnya berpisah selepas 10 tahun bersama.

Dalam pada itu, perkembangan terbaharu mengenai penarikan saman berkenaan menunjukkan permohonan maaf daripada Dewi menjadi antara perkara yang mendorong Cik Epal mengambil keputusan untuk menarik balik tindakan saman tersebut.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Image from: Cik Epal Dedah Sebab Tarik Balik Saman Terhadap Dewi Dan Jofliam – “Si Hamak Tu Dah…”2026-09-22 13:08:10

Jofliam Maklum Dianugerahi Hak Penjagaan Penuh Yuki & Han - "Peguam Saya Lebih Pentingkan Kerja Dari Media Sosial"

The post Cik Epal Dedah Sebab Tarik Balik Saman Terhadap Dewi Dan Jofliam – “Si Hamak Tu Dah…” first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved