Usahawan dan personaliti media sosial, Cik Epal sekali lagi menjadi perhatian selepas memberikan respons terhadap satu hantaran individu di Threads yang dipercayai menyentuh mengenai bekas suaminya, Jofliam, dan Dewi.
Individu terbabit berpendapat hubungan pasangan berkenaan mungkin tidak akan berakhir seperti yang diharapkan dan mendakwa ia sekadar permulaan kepada sesuatu yang lebih besar.
Menjawab pandangan tersebut, Cik Epal dilihat seakan bersetuju sebelum mendakwa bekas suaminya sejak dahulu mahu menunjukkan dirinya sebagai seorang yang kaya dan mempunyai kehidupan sempurna.
Sebab dari dulu dia memang nak sangat buktikan dia kaya dan perfect.
View this post on Instagram
Menurut Cik Epal, sekiranya pandangan individu tersebut benar, dia mendakwa lelaki berkenaan sanggup menggunakan orang di sekeliling untuk mencapai apa yang diinginkan.
Malah, Cik Epal turut mendakwa bekas suaminya hanya mementingkan diri sendiri serta pandai menggunakan kata-kata manis.
Dia hanya sayang diri dia je. Mulut dia sangat manis untuk memperdaya.

Bagaimanapun, Cik Epal berharap hubungan Jofliam dan pasangannya berkekalan supaya, menurutnya, tiada pihak lain yang akan terkesan selepas ini.

"Kesian CE Nak Hadap Orang Mental Macam Tu" - Pernah Lalui Isu Hak Jagaan Anak, Nur Amirah Simpati Dengan Cik Epal
The post “Dari Dulu Dia Nak Sangat Buktikan Dia Kaya & ‘Perfect’…” – Cik Epal Dakwa Bekas Suami ‘Mulut Manis’ Perdaya Orang first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.






