Ketagih Main MonopolyGo, Isteri Geram Suami Dah Tak ‘Bermanja’ Seperti Dulu Lagi

18 Aug 2023 • 4:04 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Ketagih game boleh mengganggu hubungan diantara pasangan suami isteri.

Ketagih Main MonopolyGo, Isteri Geram Suami Dah Tak ‘Bermanja‘ Seperti Dulu Lagi. Hingga sekarang kita tidak akan terkejut apabila seseorang yang asyik melihat skrin telefon ataupun komputer boleh memberi kesan kepada kesihatan dan kehidupan mereka.

Ia bukan sahaja mengganggu jam biologi seseorang, ia juga boleh mengganggu hubungan diantara pasangan suami isteri.

image is not available
Ketagih Main MonopolyGo, Isteri Geram Suami Dah Tak ‘Bermanja’ Seperti Dulu Lagi

Suaminya berusia 30 tahun dan ketagih dengan MonopolyGo

Seorang wanita telah mengungkapkan rasa marah dan kecewa terhadap suaminya yang terlalu asyik bermain MonopolyGo di telefon pintar sehingga mengabaikan masa yang sepatutnya dihabiskan bersama.

Kisah ini terbongkar apabila seorang pengguna Twitter dengan nama pengguna @brgsjks memuat naik luahan wanita tersebut.

Wanita tersebut mengatakan bahawa suaminya yang berusia 30 tahun masih ketagih dengan permainan tersebut walaupun sudah diberi teguran berulang kali.

image is not available

image is not available

“Sampaikan malam nak tidur pun dah tak ‘cuddle’ (bermanja)…”

“Suami saya sangat tergila-gila dengan MonopolyGo. Dia bahkan membuat beberapa akaun Facebook semata-mata untuk mendapatkan ‘dice rolls’ (balingan dadu).

“Saya sangat marah kerana dia tidak dapat memberi perhatian sepenuhnya kepada saya. Kadang-kadang, ketika kami sedang berbual dengan seronok, dia akan tiba-tiba marah kerana ada orang merosakkan bangunan dalam permainan tersebut.

“Malahan, ketika kami hendak tidur pun, kami tidak dapat berpelukan kerana kedua-dua tangannya sibuk memegang telefon,” katanya dalam tweet tersebut.

image is not available

Oleh itu, wanita tersebut meminta pandangan netizen mengenai cara yang sepatutnya diambil untuk mengatasi masalah ini.

“Saya sudah mencuba berbagai cara, termasuk memberi teguran baik-baik, marah, dan mengusiknya kerana terlalu asyik bermain. Namun, semuanya tidak berkesan. Tolong berikan pandangan,” katanya.

Lagi artikel menarik, anda boleh baca di pautan bawah: