Kecoh Di Media Sosial Tentang Perceraian, Miera Liyana ‘Up’ Video Pergi Makan Dengan Suami

4 Aug 2023 • 10:37 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Sejak semalam, hangat menjadi bualan tentang kes perceraian Rosland Othman yang merupakan suami kepada Miera Liyana dan bekas madunya, Adibah Mutalib.

Rosland menceraikan isteri pertamanya dengan talak satu di depan hakim di mahkamah selepas tiada lagi persefahaman mahu pun rasa sayang seperti dulu.

image is not available

Ramai warganet di media sosial memberikan respon mereka di ruangan komen berita mengenai kisah perceraian tersebut dan rata-ratanya bersimpati dengan Adibah.

Golongan wanita khususnya mendoakan Adibah agar dia terus kuat dan bangkit bersama anak-anaknya serta ada yang mencadangkannya membuat tuntutan harta sepencarian selama 28 tahun perkahwinan.

Dalam pada itu, Miera Liyana dilihat memuat naik Instagram story menunjukkan dia keluar makan bersama suami dan ibu mentua.

Berlatar belakangkan lagu penyanyi Korea, Lee Hi bertajuk Only, Miera dan suami dilihat menikmati roti bersama hummus, makanan Arab.

Sementara itu, Rosland mahu pun peguamnya masih belum memberikan apa apa kenyataan selepas perceraian berlaku

Difahamkan, pihaknya bakal mengadakan sidang media dalam masa terdekat, seperti yang dimaklumkan ibu Miera Liyana.

image is not available 20 hours ago

"Hari Ni Kamu Senyum, Semoga Berpuas Hati" - Suami Ceraikan Isteri Pertama, Warganet Bangkitkan Nama Miera Liyana