Ketahui 5 ‘Jajan’ Pilihan Warga Sarawak Semasa Hari Raya

22 Apr 2023 • 9:56 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Snek pilihan warga sarawak setiap kali hari raya

Ketahui 5 ‘Jajan’ Pilihan Warga Sarawak Semasa Hari Raya. Hari Raya Aidilfitri merupakan satu lagi perayaan yang dinanti-nantikan di Malaysia. Di Sarawak, selain daripada menikmati hidangan juadah raya yang lazat, terdapat juga 5 ‘jajan’ atau snek terkenal yang pasti membuatkan perayaan anda lebih meriah. Jom ketahui lebih lanjut mengenai jajan-jajan tersebut.

1. Sotong Merah

Sotong merah bergula atau ‘suntong’ merah ini antara snek raya yang paling ‘hype’ di Sarawak. Bagi masyarakat di Sarawak, mereka yang menghidangkan juadah ini di atas meja dianggap ‘orang berada’ kerana harganya boleh mencecah sehingga RM 100 sekilo.

image is not available
Ketahui 5 ‘Jajan’ Pilihan Warga Sarawak Semasa Hari Raya. Kredit: Facebook

Rasanya yang sedikit pedas dan manis menjadikan snek ini menjadi kegemaran tetamu yang bertandang. Namun, tidak semua rumah di Sarawak menghidangkan sotong merah ini kerana harganya yang mahal.

2. Snek Ikan Dahfa

Selain snek sotong tadi, snek ikan dahfa juga cukup terkenal di Sarawak. Hampir setiap rumah ada menghidangkan snek ikan ini. Tetapi harganya tidak lah semahal sotong merah. Kebiasaanya, snek ikan dahfa ini dijual pada harga RM 15 ke bawah untuk satu bungkusan besar.

image is not available

Rasanya yang sedap dan masin membuatkan snek ini menjadi pilihan hidangan tetamu semasa hari raya,

3. Kek lapis

Apalah makna beraya di Sarawak kalau tidak menikmati ataupun menghidangkan hidangan kek lapis di atas meja buat tetamu. Hidangan kek lapis ini wajib dihidangkan di setiap rumah di Sarawak.

image is not available

Di sinilah anda akan ‘menyaksikan’ kehebatan dan pilihan kek lapis yang pelbagai dari segi rupa dan rasa.

4. Air menet

Dah puas makan, mesti nak minum pula kan? Di Sarawak, tetamu biasanya akan dihidangkan dengan air menet.

image is not available

Air ‘lemenet’ atau air gas ini merupakan air berkarbonat yang beraneka perisa. Nak lagi ’legend’, anda akan jumpa tuan rumah yang menghidangkan anda air lemenet dalam botol kaca. Uniknya, botol kaca ini akan dikitar semula dan perlu dipulangkan kepada pengeluar untuk mereka menghasilkan air lemenet yang baru.

5. Air bekarbonat

Disebabkan kesukaran mendapatkan air menet dalam botol kaca, rata-rata orang Sarawak kini menggantikannya dengan air bikarbonat F&N, Cola dan sebagainya. Jangan terkejut sekiranya anda beraya di Sarawak dihidangkan dengan air bergas!

image is not available

Baca lagi artikel menarik: