Ketegangan AS-Iran berisiko heret seluruh Asia Barat – Anwar

LocalPolitics
2 Sep 2026 • 5:42 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Ketegangan AS-Iran berisiko heret seluruh Asia Barat – Anwar

PETALING JAYA – Amerika Syarikat dan Iran digesa menghentikan sebarang peningkatan konflik dan segera kembali kepada diplomasi serta persefahaman yang telah dicapai pada Jun lalu.

Ini kerana kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, konflik berkenaan hanya boleh diselesaikan melalui pendekatan politik dan diplomatik.

Menurutnya, dunia tidak seharusnya dipaksa menanggung akibat daripada perang serantau yang lebih luas.

“Saya amat prihatin dengan peningkatan semula ketegangan antara Amerika Syarikat dan Iran.

“Pertukaran serangan terbaharu, yang kini melangkaui pihak-pihak yang terlibat secara langsung dan merebak ke negara-negara lain di rantau ini, berisiko mengheret seluruh Asia Barat ke dalam konflik yang lebih dahsyat dan memusnahkan,” katanya pada hantaran Facebook hari ini.

Beliau berkata, pihak yang mempunyai keupayaan terbesar untuk membentuk hala tuju keadaan ini memikul tanggungjawab khusus untuk mengamalkan sikap menahan diri dan menghalang peningkatan konflik daripada terus berlaku.

“Kedaulatan negara-negara lain tidak boleh diketepikan. Tiada objektif ketenteraan yang boleh dijadikan alasan untuk mendedahkan orang awam kepada konflik yang semakin meluas.

“Langkah-langkah ekonomi yang membebankan orang awam dan menjejaskan usaha diplomatik berisiko memburukkan lagi krisis ini, bukannya menyelesaikannya,” katanya. – KOSMO! ONLINE

The post Ketegangan AS-Iran berisiko heret seluruh Asia Barat – Anwar appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved