“Tanda-tanda Ramadan” – Ramai Terhibur Lihat Meme ‘Kucing Jejak Rasul’ Sudah Kembali [Video]

LocalEntertainment
26 Feb 2025 • 3:17 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.


Setiap kali tibanya Ramadan, sudah pasti suasana yang akan dilalui oleh umat Islam akan berbeza berbanding bulan-bulan yang lain.

Hal ini kerana di bulan Ramadan sahajalah kebanyakan umat Islam akan bertarawih di masjid, berbuka puasa beramai-ramai dan mengunjungi bazar Ramadan mencari juadah iftar.

Selain daripada itu, algoritma di media sosial seperti TikTok juga akan berubah dengan memaparkan lebih banyak konten-konten berkaitan Ramadan.

Di saat ini, pasti ramai di antara kita yang sudah mula melihat video-video seperti resipi masakan, tips menghadapi bulan puasa dan banyak lagi bukan?

Video meme ‘kucing Jejak Rasul’ kembali banjiri TikTok

Namun, antara video yang sudah pasti membanjiri TikTok pada ketika ini adalah meme ‘kucing Jejak Rasul’ yang pernah menjadi fenomena pada bulan puasa tahun lalu.

Video kucing yang memberi jelingan ‘side eye’ itu digelar kucing jejak rasul kerana muzik yang digunakan dalam setiap videonya adalah intro lagu daripada dokumentari terkenal, Jejak Rasul di TV3.

Raut wajah kucing terbabit dengan jelingan sedemikian amat sesuai digunakan untuk mengesyaki individu yang tidak berpuasa atau gelagat-gelagat umat Islam di bulan Ramadan.

Koleksi video meme ‘kucing Jejak Rasul’

1. Isteri beriya save video Khairul Aming tapi hari-hari ajak suami pergi Bazar

Video ini memaparkan gelagat si isteri yang bersungguh-sungguh menyimpan koleksi konten 30 hari 30 resepi daripada pempengaruh dan usahawan terkenal, Khairul Aming, namun akhirnya hanya mengajak suaminya membeli juadah berbuka di bazar Ramadan.

Lebih menarik lagi apabila meme ini juga menarik perhatian Khairul Aming atau KA yang turut memuat naik semula (report) di akaun TikTok miliknya.

2. Kawan tiba-tiba nak pasang ‘top box’

Video yang satu ini pula seakan menunjukkan reaksi seorang individu yang curiga dengan rakannya yang secara tiba-tiba ingin memasang kotak penyimpanan barang motosikal (top box) ketika menghampiri bulan puasa.

Mungkin ‘top box’ itu berfungsi untuk menyorokkan makanan yang dibeli ketika waktu tengah hari. 🤭

3. Ambil pesanan makanan online, siap minta gantung di pagar

Banyak lagi video-video meme ‘kucing Jejak Rasul’ tapi kami tak larat nak masukkan semua, jadi korang carilah sendiri di TikTok. 😂

Netizen teruja, meme kucing Jejak Rasul kembali lagi

Sementara itu, menjengah ke ruangan komen pada video-video di atas, kebanyakan pengguna media sosial berasa teruja melihat meme terbabit muncul kembali.

Ramai yang berseloroh mendakwa meme terbabit adalah petanda besar bulan Ramadan hampir tiba tidak lama lagi.

Malah, ramai yang tidak sabar ingin melihat lebih banyak lagi video-video meme ‘kucing Jejak Rasul’ yang akan dibuat dan dikongsikan oleh orang ramai di TikTok.

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available