
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Kurang daripada seminggu, semua umat Islam bakal menjalani ibadah puasa sempena bulan Ramadan.
Oleh itu, ramai yang mula merancang menu bersahur dan juga berbuka agar ia lebih memudahkan dan tidaklah korang pening apa nak masak pada setiap hari.
Ibadah berpuasa ini turut menarik segelintir individu bukan Islam untuk merasakan sendiri bagaimanakah rasanya untuk berpuasa dan ia mendapat respon yang baik daripada mereka.
Malah ada juga segelintir merasakan ia memberi manfaat kepada kesihatan mereka seperti mengawal pemakanan, diet dan sebagainya.
Ceddy dan Dr Soo Wincci kongsi resepi ketika puasa dan sahur
Baru-baru ini influencer, Ceddy dan juga model dan penyanyi terkenal, Dr Soo Wincci turut memaklumkan mereka juga tidak ketinggalan untuk berpuasa apabila tibanya bulan Ramadan.
Malah Dr Soo Wincci turut terkenal dengan kisahnya yang sudah hampir 14 tahun berpuasa apabila Ramadan.
Bukan hanya itu, apa yang lebih menarik kedua-dua selebriti ini turut mengambil kesempatan ini untuk berkongsi resepi mudah untuk dilakukan oleh mana-mana individu bukan Islam atau insan yang mungkin ingin mencuba berpuasa pada tahun ini.
Dalam satu video Ceddy turut menerangkan mengapa umat Islam menjalankan ibadah berpuasa secara terperinci untuk memberikan pemahaman kepada orang ramai.
Sarankan ambil makanan pada kuantiti yang betul
Menerusi video terbabit, Dr Soo Wincci menyarankan orang ramai untuk mengambil makanan dengan betul kerana ia mampu membuatkan seseorang bertahan sehingga waktu berbuka.
Sebagai contoh selebriti ini lebih memilih untuk mengambil kurma dan mengolahnya menjadi makanan yang penuh nutrisi sewaktu bersahur.
Wheee Ramadan is coming and since Dr Soo and myself have been joining our Muslim friends to puasa together, we decided to make this video for people who want to try fasting.
— Ceddy (@CeddyOrNot) February 24, 2025
For Muslims, bulan puasa is the month to get closer to God and to have compassion for the less fortunate,… pic.twitter.com/LHx0WrGatF
Ajar buat bebola kurma, boleh simpan untuk tempoh lama
Dalam satu lagi video yang dikongsikan, Soo Wincci juga mengajar bagaimanakah caranya untuk membuat bebola kurma dan ia boleh disimpan untuk tempoh lama di dalam peti sejuk.
Malah cara penyediaannya juga begitu mudah dan boleh dimakan oleh setiap peringkat umur.
Menerusi video resipi berkenaan antara bahan yang diperlukan adalah kurma yang sudah dibuang biji, kekacang, bijan putih dan hitam, mentega kacang, sedikit garam dan juga serbuk kayu manis.
Jelas Soo Wincci cara untuk membuat resipi ini adalah masukkan kesemua kekacang, bijan, serbuk kayu manis ke dalam air fryer untuk membakarnya selama 10 minit. Bagi yang tidak mempunyai air fryer korang juga boleh memanggangnya seketika di atas kuali.
Selepas itu Soo Wincci kemudian memasukkan kurma serta bahan yang sudah selesai dibakar ke dalam pengisar.
Kisar kasar kesemua bahan kerana tekstur kekacang adalah perlu bagi mengekalkan kesedapan makanan ini.
Sebaik selesai dikisar, kemudian basahkan tangan untuk membentuk makanan ini kepada bentuk bebola.
Resepi for sahur/ buka puasa video 1 with Dr @soowincci is out! Showing you all how to make them delicious yet super nutritious KURMA ENERGY BALLS.
— Ceddy (@CeddyOrNot) February 25, 2025
Enjoy the video! Also please remember that this is her recipe, you are free to experiment with other ingredients as you see fit.… pic.twitter.com/LNV6tmAxv6
Boleh tukar kepada bahan lain sekiranya alah kepada kekacang
Bagi mereka yang mempunyai alahan kepada kekacang, korang juga boleh menukar bahan tersebut kepada yang lain seperti kuaci, biji labu dan sebagainya mengikut kesesuaian.
Melihat di ruangan komen, ramai yang ingin mencuba resepi tersebut di bulan puasa yang bakal menjelang tidak lama lagi.
Tidak kurang juga ramai yang memuji celoteh dua selebriti ini bukan sekadar berkongsi resepi sebaliknya padat dengan info yang baik.
“Saya tengok sampai habis dan saya sukakan rancangan memasak. Comel je semua. Selamat berpuasa Ceddy!”

“Aku suka lah celoteh korang, tambah dapat info dan resepi. Terima kasih dan selamat berpuasa Ceddy”

BACA ARTIKEL BERKAITAN: [Video] Soo Wincci & Ceddy Kongsi Tips Buat Non-Muslim Yang Ingin Cuba Puasa Tahun Ini, Take Note!





![Kerajaan Jamin Stok Beras Tempatan Tidak Akan ‘Ghaib’ Di Pasaran [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/politics.jpeg)
![“Realiti Makanan Viral” – Peniaga Nachos Kongsi Suasana Gerai Tak Ramai Orang Curi Perhatian [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/food.jpeg)