Ketua Bahagian Perkakasan OpenAI Letak Jawatan Kerana Penglibatan Syarikat Dengan Tentera

WorldPolitics
9 Mar 2026 • 1:50 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Ketua bahagian perkakasan OpenAI, Caitlin Kalinowski mengumumkan peletakan jawatan beliau menerusi media sosial semalam. Keputusan itu dibuat disebabkan oleh perjanjian kontroversi OpenAI dengan Jabatan Pertahanan (Pentagon) untuk menggunakan kecerdasan buatan (AI) syarikat bagi tujuan ketenteraan.

image is not available

Dua isu besar beliau ialah risiko AI digunakan untuk mengintip rakyat Amerika dan penggunaannya dalam senjata autonomi tanpa kelulusan manusia. Menurut Kalinowski, pengumuman perjanjian yang dilakukan sendiri oleh Sam Altman dibuat terlalu tergesa-gesa tanpa garis panduan keselamatan yang jelas.

Sebelum menyertai OpenAI, Kalinowski mengetuai pembangunan cemin mata AR di Meta sebelum berpindah ke OpenAI pada November 2024. Dengan peletakan jawatan, masa depan beberapa perkakasan AI yang sedang dibangunkan OpenAI akan menjadi tanda tanya.

Dalam serangan ke atas Iran dua minggu lalu, sistem AI telah digunakan untuk menganalisa data serta sasaran di Iran. Pentagon mengesahkan model Claude telah digunakan walaupun menerima tentangan Athropic. Anthropic kini telah disenarai hitamkan oleh Pentagon kerana ia dikatakan berisiko dengan beberapa syarikat ketenteraan mengumumkan model AI mereka tidak lagi akan digunakan.