Ketua Juri AJL Kongsi Lagu ‘Top 5’ & Mengapa Aina Abdul Menang Vokal Terbaik

Entertainment
4 Mar 2024 • 11:30 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Semalam berlangsungnya antara anugerah paling berprestij buat industri muzik tanah air iaitu Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-38.

Amir Jahari dengan lagunya Hasrat, mencul sebagai juara AJL manakala Aishah Retno dengan lagunya Sutera mendapat tempat kedua dan Aina Abdul dengan lagu Jangan Mati Rasa Itu mendapat tempat ketiga.

Ketua juri bagi AJL ke-38 ini merupakan konduktor muzik dan penggubah lagu iaitu Datuk Haji Mokhzani Ismail.

Dalam sebuah video perkongsian portal hiburan, Datuk Mokhzani memberitahu bahawa saingan AJL kali ini sangat sengit dan markah antara finalis amat rapat.

@f8buzz

Beza hanya 2.5 markah?! Datuk Mokhzani, ketua juri Anugerah Juara Lagu 38 berikan lagu lima teratas dan 3 teratas untuk vokal terbaik. Turut dijelaskan, mengapa Aina menang lagi bahi kategori vokal terbaik. #f8buzzhiburan #sembangentertainment #anugerahjuaralagu #ajl38 #datukmokhzani #top5 #vokalterbaik

♬ original sound – F8Buzz – F8Buzz

“Keempat lagu Astana Ernie Zakri, lima Masdo, Inilah Jalannya. (Nombor) 1,2,3 dekat-dekat, sangat dekat, nombor satu lebih (markah) daripada lagu kedua dalam 2.5 sahaja,” katanya.

Selain itu, Datuk Mokhzani juga berkongsi Aina Abdul menerima Anugerah Vokal Terbaik kerana lagu itu sangat kena dengannya dan ianya menonjolkan kekuatan vokal Aina, manakala lagu Astana nyanyian Ernie Zakri dikatakan gubahannya terlalu overdo.

Beliau juga berkongsi top 3 pesaing bagi Anugerah Vokal Terbaik iaitu Aina Abdul, Ernie Zakri serta Marsha Milan dan markah antara ketiga-tiga penyanyi itu adalah agak jauh.

Korang puas hati tak dengan result semalam?

Sumber: TikTok

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.