Ketua Menteri arah semua Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah diaktifkan

LocalEnvironment
13 Sep 2025 • 10:16 AM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Kota Kinabalu: Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor mengarahkan semua Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) diaktifkan serta-merta, khususnya di kawasan yang kerap dilanda banjir berikutan keadaan cuaca tidak menentu ketika ini.

Beliau berkata langkah segera itu penting bagi memastikan kesiapsiagaan berada pada tahap optimum.

“Ia (pengaktifan JPBD) bagi mempercepat koordinasi antara agensi keselamatan, jabatan teknikal serta pihak berkuasa tempatan dalam menghadapi sebarang kemungkinan bencana alam.

“Dengan pengaktifan JPBD, sebarang bentuk bantuan dapat digerakkan lebih pantas, termasuk kerja-kerja penyelamatan, pemindahan mangsa serta penyediaan keperluan asas di pusat pemindahan sementara,” katanya dalam kenyataan Jumaat.

Hajiji turut mengingatkan penduduk supaya sentiasa peka terhadap amaran cuaca dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia serta mematuhi arahan pihak berkuasa bagi mengelak sebarang risiko yang boleh mengancam keselamatan.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sabah memaklumkan sebanyak 396 orang daripada 126 keluarga dipindahkan di Beaufort dan Penampang petang Jumaat akibat banjir.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved