Ketua pegawai eksekutif Alam Maritim Resources direman bantu siasatan SPRM

LocalBusiness & Finance
17 Aug 2026 • 2:34 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Ketua pegawai eksekutif Alam Maritim Resources direman bantu siasatan SPRM
Alam Maritim Resources Bhd pada Isnin mengumumkan pengarah urusan dan ketua pegawai eksekutif kumpulannya sedang direman bagi membantu siasatan yang sedang dijalankan oleh SPRM. Gambar hiasan

KUALA LUMPUR - Alam Maritim Resources Bhd pada Isnin mengumumkan pengarah urusan dan ketua pegawai eksekutif kumpulannya, Datuk Azmi Ahmad sedang direman bagi membantu siasatan yang sedang dijalankan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Penyedia perkhidmatan kepada industri minyak dan gas itu memaklumkan reman tersebut bertujuan untuk membantu siasatan yang sedang dijalankan dan bukan disebabkan oleh sebarang salah laku.

"Lembaga pengarah telah mengambil langkah-langkah yang perlu bagi memastikan kesinambungan operasi kumpulan dan akan membuat pengumuman selanjutnya sekiranya terdapat sebarang perkembangan penting," katanya dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved