hamden17/08/2026 - 15:25 Oleh HAMDEN RAMLI editor@dagangnews.com KUALA LUMPUR 17 Ogos - Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Alam Maritim Resources Bhd, Datuk Azmi Ahmad, kini ditahan reman bagi membantu siasatan yang sedang dijalankan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, kumpulan itu berkata, reman itu adalah bagi membantu siasatan yang sedang dijalankan SPRM dan bukannya bermaksud terdapat kesalahan telah dilakukan Azmi.
"Lembaga Pengarah telah mengambil langkah-langkah yang sewajarnya bagi memastikan kesinambungan operasi Kumpulan," kata kenyataan itu.
Menurut syarikat, pihaknya akan membuat pengumuman lanjut sekiranya terdapat sebarang perkembangan material berkaitan perkara berkenaan.
Alam Maritim Resources merupakan penyedia perkhidmatan sokongan minyak dan gas (O&G) yang terlibat dalam perkhidmatan marin, kejuruteraan serta penyelesaian berkaitan industri tenaga.
Sementara itu, berita penahanan itu telah menyebabkan saham Alam Maritim jatuh ke paras terendah dalam tempoh lima bulan.
Saham Alam Maritim susut sebanyak 2.5 sen atau hampir 10% kepada 24 sen, paras terendah sejak 5 Mac. - DagangNews.com





